Kes Pembunuhan Di Perhentian Bas Hayyu Sabie’, Kaherah – Sila Ambil Perhatian

Salam.

Attention!

Berita terkini yang tergempar dan memang menggemparkan. Harap buat semua pelajar yang berada di Mesir terutamanya di kawasan Nasr City, Kaherah, Mesir, dapat beri perhatian, kot ada yang belum tahu lagi pasal benda ni.

MADINAH NASR, 31 Oktober: Satu kejadian pembunuhan berlaku di perhentian bas, Hayyu Sabe’ (7th District), Nasr City. Kes tersebut masih dalam siasatan polis dan pembunuh masih belum dikenalpasti. Mangsa yang terbunuh merupakan seorang pekerja di Hospital Mubarak disahkan mati ditempat kejadian. Perkara ini menyebabkan suasana panik dan cemas pada penumpang bas dan pejalan kaki yang berdekatan.

Turut dilaporkan bahawa beberapa penumpang cuba untuk menangkap penjenayah tersebut tetapi gagal kerana diacukan pistol kepada umum. Penjenayah sempat melarikan diri sebelum polis dan ambulan hadir untuk memberikan bantuan. Namun, mangsa meninggal di tempat kejadian sebelum mendapat sebarang bantuan kecemasan.

Juruforensik hadir dan mengesahkan mangsa mati kerana ditembak dua kali. Satu di kepala, dan satu lagi di dada. Mangsa dikenali sebagai Mahmoud, pekerja di Hospital Mubarak, Hayyu Sabe’.

Saksi kejadian menyatakan bahawa ketika kejadian, beliau sedang menunggu bas di stesen tersebut yang dimiliki oleh Lembaga Pengangkutan Awam. Seorang lelaki yang tidak dikenalpasti identitinya muncul dan mengacukan pistol yang tersembunyi di dalam bajunya dan menembak mati mangsa. Beberapa orang awam cuba untuk memberkas penjenayah tersebut tetapi tidak berjaya.

sumber : ISMA MESIR

Faham tak? Ada orang kena bunuh semalam, kena tembak, dekat dalam bas, bas kaler merah yang stop dekat mahattah (stesen), mahattah yang setiap hari aku dan housmate aku jalan untuk tunggu tremco ke gamaah (universiti) dan mahattah ni beberapa meter je dari rumah aku.

Jadi pada korang-korang yang duduk dekat area sini, lagi-lagi akhawat yang suka keluar malam (especially for those yang tak suka guna musyrif macam aku ni) sila lah timbulkan sikit kesedaran, kalau nak keluar rumah agak jauh tu, sila la call mana-mana ustaz/doktor untuk teman korang.

Dan untuk para musyrif (tak kira ustaz ataupun doktor) sila lah, sila dengan sangat-sangat kalau ada mana-mana akhawat mintak tolong nak jadi musyrif tu, tolong la sudi-sudi kan diri anda. Kalau dah memang tak boleh nak tolong sangat, pass mana-mana nombor telefon kengkawan lain atau mintak je tolong kengkawan lain.

[ceh aku ni mentang-mentang tadi baru isi borang pasal musyrif ni]

Okay itu je peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Jaga diri elok-elok ye. Dan buat kaum famili dan sahabat handai di Malaysia, jangan risau insyaALLAH kami semua baik-baik je kat sini. Doakan keselamatan kami ye. Kot kalau ada rusuhan kali kedua, harapnya kerajaan boleh bagi balik free lagi. Heheh

*okay gurau. jom layan gambar.

source : www.youm7.com

Recent Related Posts

7 thoughts on “Kes Pembunuhan Di Perhentian Bas Hayyu Sabie’, Kaherah – Sila Ambil Perhatian

  1. Pingback: ISMA IKRAM PMRAM … itu semua bukanlah aku? | Illusion of Dyspraxia

    • Tau takpe. Kitorang ingat dapat la tangkap ke apa, terlepas rupanya. Patutlah masa kitoang balik sekolah (kelas) jam gila jalan plus banyak gila polis.

      Harap orang Malaysia doakan keselamatan kami..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge