Egyptian Election – Ready for Ops Piramid 2?

Salam.

Tajuk hari ini, kontroversi lagi. Suka betul saya buat tajuk-tajuk gempak ni ye? HAHAHA Nak tahu, kena baca sampai habis, okayy.

From Tahrir Square 18 November 2011

Kalau anda masih ingat dahulu kala Mesir dilanda ombak rusuhan yang sangat dahsyat dan meninggalkan tempias pada negara-negara Arab lain pabila rakyat jelatanya berjaya menurunkan Hosni Mubarak sebagai Presiden yang telah memang tampuk pemerintahan selama 30 tahun lamanya.

25 Januari 2011

Tarikh ini, tarikh yang kekal diingati oleh semua para penduduk Mesir, tarikh yang sentiasa terpampang di mana-mana tempat termasuklah dinding dan pokok, tarikh yang mana mereka semua dengan penuh semangat dan bersatu padu tak kira agama dan bangsa (eh ada banyak bangsa ke?)

Dan tarikh ini juga kitorang habis exam Mid-Year masa First Year lepas kemudian sempat berjoli berjalan-jalan di Sungai Nil (ni maknanya naik bot ye kawan-kawan) serta kawasan sekitar sampai kena pancut dengan air gas pemedih mata. Nak tahu cerita lanjut boleh baca kat entri Kisah Krisis Aku & Mesir Part 1, Part 2 & Part 3 [finale]

And so election for the new President and new government will be held on this November, officially on Monday, 28 November 2011 or 2 Muharram 1433H. And so of course demo akan ada jugak pada hari Jumaat 25 November 2011. Dan semua ni dijangka akan berlarutan sehingga 14 Disember 2011 dan mungkin juga awal Januari 2012.

Ops Piramid 2

HAHA jangan haraplah korang nak balik Malaysia free lagi weh. Aku taknak, dan korang pun mesti taknak jugak kan? (eh tapi kalau ada betul-betul apa salahnya kan?) hehe Doa-doa la semoga Mesir cepat aman dan demo yang bakal diadakan tu tak teruk macam dulu. Salah satu kata-kata dari seorang pelajar,

“Satu benda je yang kitorang takut kalau dapat balik Malaysia free – kerajaan taknak hantar kitorang balik ke Mesir. Taknak! Kami sayang Mesir! Kami nak belajar kat Mesir!”

- Syahira (bukan nama sebenar) pelajar Perubatan Tahun 2 Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Peringatan buat semua, sila sediakan bekalan makanan lebih sikit (yela takut je kan apa-apa terjadi, sekarang ni semua benda possible) dengar apa pihak Embassy dan rumah BKAN masing-masing cakap, kalau tak tahu, sila rujuk pekeliling ini. Dan jangan nak percaya berita yang tak betul.

credits photo : [National Post]

Pilihan Raya Mesir

Petikan daripada Garis Panduan Keselamatan Bil. 2 Tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah :

(B)       Peralihan kepada Pemerintahan Awam

2.7.      Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Kerajaan Sementara (Interim) Mesir telah menetapkan bahawa Pilihanraya Parlimen Mesir akan diadakan secara berperingkat mulai bulan November 2011 sehingga bulan Mac 2012. Pilihanraya Parlimen yang terdiri daripada People’s Assembly dan Majlis Shoura ini telah dimulakan dengan penamaan calon mulai 12 hingga 24 Oktober 2011.

2.8.      Secara ringkasnya, Pilihanraya People’s Assembly akan diadakan secara berperingkat mengikut Governorates (Muhaffazah) pada 28 November 2011, 14 Disember 2011 dan 3 Januari 2012. Pilihanraya Majlis Shoura pula akan diadakan pada 29 Januari 2012.

2.9.      Setiap peringkat Pilihanraya People’s Assembly akan melibatkan sembilan (9) Governorates (Muhaffazah) seperti berikut:

2.9.1. Peringkat Pertama pada 28 November 2011 - Cairo, Alexandria, Damietta, Fayoum, Port Said, Kafr El-Sheikh, Assiut, Luxor dan Red Sea.

2.9.2. Peringkat Kedua pada 14 Disember 2011 - GizaMenoufiya (Shibin El-Kom), Sharqiya (Zagaziq), Beheira (Damanhur), Beni Suef, Ismailiya, Suez, Sohag dan Aswan.

2.9.3. Peringkat Ketiga pada 3 Januari 2012 - Gharbiya (Tanta), Daqahliya (Mansurah), Minya, Qalioubiya, North Sinai, South Sinai, Marsa Matrouh, Qena dan New Valley.

Di sini saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang di Mesir (cewah) sila jaga diri anda baik-baik. Sekarang ni pistol jual kat tepi jalan macam jual gula-gula pastu diorang simpan dalam poket macam dompet je. Jangan berani nak jalan sorang-sorang, walaupun ekau tu lelaki. Huhu~

Dan bagi rakyat Malaysia di Malaysia, doakan keselamatan kami di sini tapi insyaALLAH takde pape kot. Tahrir tu jauh dari petempatan budak-budak Malaysia (jauh la sangat) kalau dengar berita yang tak best tu, bawak-bawak la bertanya kat budak-budak Mesir (kot ada pulak yang letak berita tak betul ke kang)

Jika ditakdirkan TALIAN DIPUTUSKAN dan INTERNET DISEKATKAN, doakan kami, doakan kami, doakan kami, doakan kami.

Itu je.

Recent Related Posts

32 thoughts on “Egyptian Election – Ready for Ops Piramid 2?

  1. Pingback: Hentikan Berita Pelik Tentang Mesir! | Illusion of Dyspraxia

    • memang dah huru hara pun, tapi kalau kat kawasan rumah, nampak macam biasa je. huru hara ni just kat satu tempat je..

      insyaALLAH semuanya okay2 :)

  2. Pingback: Wordless Wednesday #6 – Tear Gas For Us? | Illusion of Dyspraxia

  3. kak zida..doakan la agar kita smua slamat hngga tamat demo nie..mntak2 la jgn ad pape yg brlaku spnjang kita d sini..smoga Allah sntiasa melindungi kita wlau dmana kita brada..amin..

    • Sabrina!! :’)

      InsyaALLAH, kamu kat Tanta sana pun jaga diri elok2 ye. Kita tak tau apa yang akan jadi lepas ni. Jangan takut, stay cool and kalau nak pegi memana pastikan tak sorang2.

      Ingat tu~

      ps.rindunya kamuuu

    • Ye, memang ibu bapa kami semuanya risau, tapi sebenarnya insyaALLAH kami semua pelajar Malaysia sihat dan selamat. Mohon doanya terus.

      Syukran :)

  4. Salam alaik.
    Memang tajuk yang ‘hot’ =P

    apa2 pun kita doakan yg terbaik buat Mesir. Kita doakan keselamatan kita, kawan2 kita kat sini, semualah, doa banyak2, insyaAllah.
    Moga2 Allah lindungi kita semua, dan moga pilihanraya Mesir akan datang tu berlaku dengan aman.
    Zahidah punya rumah jauh sikit dari Tahrir, kitaorg kat sini, 10 minit je jalan kaki dari Uni ==’
    Risau tetap risau, tapi hanya Allah tempat kita bergantung dan kita doa je lah banyak2 kan? (=

    p/s : suka ayat bawah sekali tu =D

    “Jika ditakdirkan TALIAN DIPUTUSKAN dan INTERNET DISEKATKAN, doakan kami, doakan kami, doakan kami, doakan kami.

    Itu je.”

    True. Tiba2 budak Mesir menghilang dari alam maya ni, faham2 je lah kan? hehehe. =D
    izzati hashim´s last [type] ..Muhasabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge