Salam.
Okey ni memang takde keje sebab update pasal mainan.
Hehe ni semua sebab tetiba terimbau memori kenangan masa zaman kecik-kecik dulu (sebab ternampak kat facebook ada orang share pasal benda ni) Nak dibandingkan budak zaman dulu dan zaman sekarang, saya rasa macam bertuah gila kot jadi zaman budak dulu. Siapa setuju, sila like dan share entri ni #tetiba
Yelah cuba fikir. Budak sekarang ni dah jarang sangat kita nampak keluar main petang-petang, duduk kat beranda main pondok-pondok ke, batu seremban ke, ting ting ke hape. Yang saya nampak budak sekarang ni terlalu ‘heaven’ dengan permainan zaman moden a.k.a gadjet seperti laptop, iPad, iPhone dan yang seangkatan dengannya.
And it was me. Haish.
Oleh itu, saya nak senaraikan beberapa permainan yang saya rasa best gila dan wajib gila main setiap hari tak kisah masa waktu sekolah, habis sekolah, cuti sekolah, hujung minggu dan bila-bila je. Hehe dan kalau ada adik-adik yang terbaca entri ni, jemput-jemput la main ye. Jangan segan-segan. Lalala~
Batu Seremban
Permainan paling best saya rasa! Saya start main sejak darjah 1 sampai la darjah 6. Masa ni semua orang dok pakat bawak masing-masing punya. Siapa takde, balik rumah suruh mak buat, takpun ada je akak-akak senior ‘bukak kedai’ jual benda ni. Kalau payah sangat main guna batu kutip kat dataran. HAHA Asal cikgu tak masuk je, main.
Tapi saya pun dah lupa cara main dia. Mula dengan kutip satu batu sampai lima batu, pastu batu tukar la apa benda ntah lagi sampai la key@king. Tak pun main batu cina, tapi yang ni saya tak pernah pas sebab memang tak gheti main -.-
Card Game Happy Families
“One Happy Family At Home!!!” wah rasa macam bangga gila bila dapat kumpul satu family ni pastu jerit kuat-kuat. HAHA Dah la kad ni murah gila kat kedai, satu RM2 je kalau tak silap. Yang ni pun benda wajib bawak pegi sekolah. Asal cikgu takde je main. Tapi saya rasa kedai sekarang dah tak jual lagi dah kot? Ke ada?
Ceper (Penutup Botol)
Yang ni budak laki yang perkenalkan pada saya, tak silap masa darjah 2 dan saya main benda ni sampai darjah 6. Masa sekolah menengah Form 1, Form 2 ada la jugak tapi main dengan adik-adik je kat rumah. Heeee
Yang bestnya, dulu saya suka kutip penutup botol ni kat kedai/warung tepi jalan kalau pakcik bas/van lepas balik sekolah berhenti kejap. Masa ni memang ramai yang turun beli air botol tu. Apa lagi, saya pun kutip la banyak-banyak. Pastu esok bawak 5 pegi sekolah, pun main waktu cikgu takde. Saya rasa main ceper ni la banyak kali saya lawan dengan budak laki tapi nasib baik dah tak ingat sape dah. Hehe
Lawan Pemadam
Yang ni paling tak boleh menahan saya rasa. Semua bebudak sanggup beli pemadam banyak-banyak, pelbagai saiz, bentuk, warna dan bau (sebab ada pemadam bau macam chewing gum, so rasa macam nak makan je! haha) tapi bukan untuk padam pun. Haha pastu letak dalam satu pencil box khas, bawak pegi sekolah, lawan atas meja. Main ramai-ramai is the best.
Lompat Getah
Permainan ni menjadi kegemaran semua budak perempuan masa zaman dulu. Siapa tak pernah main memang penipu gila la. Paling menjadi feveret adalah game ‘zero point’. Masa ni semua orang sanggup pakai seluar panjang dalam kain, pastu bila nak main cabut kain and terus lompat-lompat. Tak kira la depan siapa pun masa tu, memang eksaited gila! Tapi komfirm la saya dah tak ingat cara main dia macam mana sekarang.
And that’s all. That 5 permainan ni adalah game ‘peberet’ saya waktu sekolah rendah dulu, wajib main setiap hari dan paling kurang pun seminggu sekali. Hehe lepas ni saya nak sambung permainan yang tak menggunakan bahan sangat contohnya main galah panjang, sep tiang (eh camni ke eja), lubang tikus dan lain-lain.
Ah, rindu pulak sekolah rendah
And to my little brother, Hakim, welcome to school. Belajar la elok-elok, sila pandai baca dengan laju dan jangan malas ngaji and solat. Kalau malas jangan harap along nak beli unta dengan mainan lagi. HAHA and please don’t play Y8 early in the dawn. Seriously that thing is not good especially for ur eyes. (bajet macam dia faham) haha
Kbai.
ps. sesape ada idea pasal permainan zaman dulu ni, boleh la bagitau, nanti boleh update kat entri kedua.
pss. exam Histology 18hb ni tapi seyesly tak tau nak start baca dari mana. Dahla markah 9 je, tapi soalan kemain banyak. Gila psycho. LOL!
psss. all the pictures have been credited to the owner. thanks!


aku suka main lompat getah,,,,
hatiputera´s last [type] ..Kelayakan piala thomas 2012 tanpa Lee Chong Wei?
hampir kesemua tuh sama main, hehehe
Juan´s last [type] ..Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau Tidak
duhhhhhh……. yeahh.. jarang nampak dah game2 ni.. happy family tuh yg tak tahan.. dulu,, ada ja main dala kelas *time skolah rndah
haaa.. lagi satu game.. tuh,, game gelung2 dalam air tuh.. yg kena picit2 sampai suma masuk dalam gelung tuh… adehh! rindu pulak..
try carik esok.. haha.. thanx btw kak cik

bawak balik memori
Aiman´s last [type] ..Samsung’s Smart Window – CES
yang gelung tu! haha itu permainanan kanak-kanak tapi syok gak main, sampai tak leh dok diam kalau main! HAHA
cam chii..dulu slalu main baling selipar..konda kondi..pastu ting ting..ehee..gam2 yg disenaraikan kat atas tu..mmg fav game gak..owh ye..lgi satu..congkak jgn dilupakan plak
chii´s last [type] ..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
baling selipar yes, rasa sampai sekarang budak-budak kat skola still main lagi-lagi yang sekolah menengah, sebab zida pun still main masa form 1-form 5. hehe yang konda-kondi, ting-ting tu ye memang masa zaman sekolah rendah. congkak still main sampai sekarang
batu seremban masa tingkat 4 dan 5 heee..
zaman kak suri sekolah menengah adalah zaman zida sekolah rendah kot. hehe
saya suka main pemadam masa tu darjah 4 dan 5 heeee
memang mainan zaman budak-budak betul benda ni. haha sebab tak penah nampak dah budak2 skola menengah main. kehkeh
getah tu pun aku main. sampai kalah budak perempuan. haha..
titan´s last [type] ..Komisen ke 10 dari 701panduan
fuh kalau kalah budak perempuan, mesti sebab terer lompat tinggi ni kann
Sekarang ada juga budak2 sekolah main permainan tu. Kadang2 pelik jugak.. Siapa ajar mereka main menda2 tu ye, padahal bukan ada yg bawak pun. Macam diwarisi secara semulajadi pulak.
Cikgu Hairul´s last [type] ..Ejen Insurans Kena Hati-Hati
Baguslah kalau still ada, kalau tak lenyap macam tu je permainan2 ni. Heee siapa yang ajar tu, zida pun tak pasti, sebab tau2 je dah terer. Heheh
Dalam bebanyak permainan tu satu je yg yas x pernah main….lawan pemadam…yg len2 tu mmg biasa dah….
#Uishh…stadi kt cairo ke zida??
yas´s last [type] ..Gadis Seksi Menjadi Pengawal Peribadi – Bodyguard Wanita di China
Lawan pemadam best gila kot! Cuba la try! Hehe
ps. yup, sekarang kat Cairo
awat?
wah rindunya zaman kanak2..
kanak2 zaman skrg memang main ipod ipad dan entah macam2 lagi… haih..-_-’
teenagerhousemaid´s last [type] ..Diri Ini
mengimbau memori. zaman sekarang memang dah lain sangat, rasa macam nak patah balik je kan~
Dulu mana ada permainan video jadi kita mengunakan kreativiti sendiri untuk menghiburkan diri.
Saya pernah menulis mengenai permainan ketika kecil dahulu disini http://bit.ly/qEUq6v
akubiomed´s last [type] ..Pasang DontPhisMe dapat menghalang penipuan internet
Haah, betul, dulu mainan kalau tak dapat kat kedai, buat sendiri je kan~
1. main kejor-kejor
2. main a.e.i.o.u
3. tuju selipar ( mcm dlm upin ipin tp tuju gn bola tenis kaler ijau)
4. kalakitos ( pnah bli tak?)
5. tepuk terup / btg aiskrim
6. galah panjang
7. tuju guli
8. pangkah gasing
PEH KAKCIK MAS! banyak gilaaa, haha aeiou tu yang stop pijak kaki tu ke?? haha saty je, kalakitos tu yang mana??
budak2 sekrang memang gadget jela yg menjadi mainan harian diorang..kesian betul..huhu…
p/s: suka main happy families tu…syooook…
bardboo´s last [type] ..Blog Wardina Saffiyah
tu la zida cakap, tak nampak dah budak2 main benda2 cam kita ni. padahal best je kannn!! heheee
Heyy zida..u ingat x game polis entry and pepsi cola yang kite pijak kaki org tu??kalau ingat share la..:)
Dora´s last [type] ..Aku Sayang Dia. Aku Rasa
polis entri bukan yang main sorok2 tu ke? pastu pepsi cola ni yang main pijak2 kaki tu kan? HAAAAAAA siap ada lagu dia sekali!
haha comel betul