Salam.
Histology semalam hampeh #tetiba
Ehem. Atas desakan bertalu-lalu oleh semua orang dalam fesbuk (poyo je) haha hari ni saya nak kongsi resepi Ayam Masak Madu yang simple, senang dan mudah. Bahan pun tak banyak dan senang nak cari. Memang sesuai kalau orang-orang bujang macam saya ni masak menu ni. Seyes.
gambar yang beri banyak kontoversi. haha
BAHAN-BAHAN :
- Ayam 1/2 kg
- Kunyit
- Serbuk kari
- Bawang besar 1 biji *dihiris halus
- Bawang putih 3 ulas *dihiris halus
- Cili kering 5-7 batang *digunting pendek
- Tomato puree 3 sudu
- Madu 5-6 sudu
- Gula merah
CARA MASAK :
1) Gaul dan perap ayam yang telah dibasuh bersih dengan garam, kunyit dan serbuk kari. Biarkan selama 5-10 minit. Kemudian goreng ayam sehingga sedikit kekuningan (ikut la sama ada nak goreng garing atau tak, tapi saya prefer jangan garing sangat) kuah lebihan perapan jangan buang.
2) Tumis bawang merah dan bawang putih menggunakan minyak gorengan ayam tadi. Masukkan juga cili kering yang telah direndam dan tumis sehingga naik bau.
3) Masukkan kuah lebihan perapan dan tomota puree. Kalau nampak kering, tambah air (ikut suka banyak mana, kalau nak banyak kuah letak la 3-4 cawan ke. Selalu saya agak-agak je berapa banyak)
4) Kemudian masukkan 5 sudu madu dan gula merah (kuah akan jadi pekat sikit dan rasa manis-manis sikit) serta sedikit garam.
5) Agak-agak kuah macam dah nak masak, campurkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul dengan sebati. Agak-agak ayam dan kuah macam dah sebati dan masak, boleh la angkat dan hidang.
Senang je! Sebenarnya first time saya masak ni tahun lepas, masa tu ambil resepi dari myresepi.com tapi memandangkan masa tu bahan ada yang takde saya alter la sikit-sikit, pastu saya ni jenis yang suka campak je, so hasilnya ni lah. Kira ni resepi sendiri la kan? Heheh Selamat mencuba
ps. takde idea nak mengomel panjang.
pss. yeayy, the last exam is on 23 January and it is Physiology.
psss. ada orang nak resepi Ayam Palembang kan? tunggu lepas exam ye.
jadi lapar balik dibuatnya ni..
jom masakkkkkk! ehhehe
sedap dan terbaek nih
hafidz´s last [type] ..Kord Gitar : Statik – Gelap
cuba cuba!!
Zida´s last [type] ..Exam Break, School Break, Winter Break!!
Bab agak-agak ni yang fail. Hehehe.. Silap agak rentung ayam tuh.
Cikgu Hairul´s last [type] ..Usaha vs Nasib
HAHA takde makna nak rentung. Senang je kot. Seyes. Tak try tak tauuuu~
Zida´s last [type] ..Exam Break, School Break, Winter Break!!
wah pandainye masak..
apakata masakkan utk akak je? ngehehehe
teenagerhousemaid´s last [type] ..Barakah Friday – Travelog Solat Jumaat
akak nak zida masakkan? boleh je, meh la datang cairo!! weeeee
Zida´s last [type] ..Exam Break, School Break, Winter Break!!
kalau nk request recipe bleh x?? heheh..nk recipe ayam masak tomyam org bujang pnye version gak ;p
tomyam?? pehhhhhhhhhhhh mano den reti. haha takpe ah nanti zida try carik yang tahun lepas zida buat
Zida´s last [type] ..Exam Break, School Break, Winter Break!!
Boleh merasai masakan Ayam madu Zida nanti.
akubiomed´s last [type] ..Senyum sampai ke telinga bila dapat
Meh la datang Mesir sini. heheee
Zida´s last [type] ..Exam Break, School Break, Winter Break!!
huaaaa boleh la terai esokkkk
kalau sedap nnti aku bgtaw.. hehe
yui92´s last [type] ..Bye o’ Chem
terai, pastu kredit kat aku. haha
zida,nanti abih exam,resepi ayam pelembang pulok ok..cuti ni,nak buat experimen memasak kat dapur …tq utk resepi ni,MESTI CUBA LAH…
yeah cuba! pastu nanti jangan lupa bawak sket pegi kelas. heheh