Semangatku Bersama 1000 Dinar

Salam.

Moga semua dalam rahmat Allah hendak-Nya.

Entri ini dikarang tanpa tajuk di atasnyan pada mulanya. Allah, semakin lama saya semakin hilang idea untuk menulis, semakin takde mood untuk menaip, sampai ada beberapa orang sahabat menegur, eh kenapa kau tak update blog? eh bila kau nak tulis entry baru?

Maaf ye kalian, bukan culas bukan malas tapi takde benda yang nak diceritakan. So how come?

Btw, mungkin ramai yang tak faham apa kaitan semangat saya dengan 1000 Dinar ni pulak kan? Dapat duitkah? Dapat hadiah 1000 dinar kah? Atau ada rombongan meminang bawak hantaran 1000 dinar kah? Okay merepek #tetiba jom layan gambar kat bawah ni. InsyaALLAH semua akan faham :)

Ayat 1000 Dinar

Yeah, itulah ayat 1000 Dinar, saya rasa kalau takde caption pun semua orang tau kot. Ayat yang merupakan salah satu daripada hiasan gantungan dinding yang saaaangat famous. Kalau tak percaya, pergi la jejak ziarah rumah sape-sape, kompem ada lekat kat mana-mana punya. Serious. #sarcasm

For those yang tak tahu, ayat ini adalah daripada surah at-Talaq (talak cerai) bermula dari akhir ayat 2 dan keseluruhan ayat 3 dalam surah tersebut. Boleh buka muka surat 558 (resam Uthmani) Jadi apa kena mengena surah talak cerai dengan kisah saya ni? Engkau dah nak kahwin ke Zida? okay merepek lagiiii -.-‘

Yeah.

Sangat merepek la kan kalau tiba-tiba saya nak cakap pasal kawen. No no no! Saya masih kanak-kanak lagi untuk berbicara mengenai jodoh dan alam rumah tangga, saya masih mentah untuk berceloteh tentang hati dan perasaan, sebab saya bukan orang yang jiwang rock leleh pon! (^_^)v

Sebenarnya…jeng jeng jenggggggg…

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah 3ala kulli ni3mah. Alhamdulillah, result exam midyear kitorang baru keluar semalam (tapi Anatomy and Histology jela baru) dan alhamdulillah juga, keputusan yang saya dapat boleh dikira ‘baik’ untuk orang seperti saya ni. Saya tak jangka pun boleh dapat sebanyak tu tapi walaupun tak full, tapi alhamdulillah :)

“Dan Dia Memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka…”

That’s why I do love this ayah sooooooo much! Orang selalu cakap, siapa yang nak rezeki lebih atau nak mohon sesuatu hajat, amalkan ayat ni setiap hari, setiap kali waktu solat, baca 3 kali. And I do that because of what, because He knows what I want, dan saya percaya atas kuasa-Nya.

Bukan saya nak poyo berlagak nak cakap yang hooreyy, Allah dah makbulkan doa aku, tak. Sebenarnya kalau boleh saya nak semuaaaaaaaa orang dapat apa yang dia mahukan, apa yang dia hajatkan. Tapi keyword kat sini adalah – usaha, doa, tawakkal. Kalau buat tapi tak doa, tak guna. Kalau doa tapi tak buat lagi la tak guna, dan – YAKIN.

Saya bukanlah hebat sangat macam kawan-kawan lain, waktu belajar pun lambat nak pick-up, pastu tension berhari-hari sampai satu benda pun tak lekat kat otak. Waktu exam haritu, saya tak yakin langsung tapi dah lepas dah pun, doa dan tawakkal je. Saya cuba refresh kan diri dengan ayat-ayat chenta Dia, and I got many things from Them!

Allahu Allah. Jadi main point entri ni adalah – jom amalkan ayat 1000 Dinar ni jom,  jangan letak hias kat dinding tapi tak amalkan pun. InsyaALLAH ada keberkatannya nanti. Dan lebih bagus kalau diamalkan beserta maknanya sekali, moga kita lebih faham dan lebih rasa ‘feel’ tali connection kita dengan Allah <3

Rabbuna yusahhilna.

ps.siapa baca sampai habis memang hebat
pss.thanks for those yang sudi komen dalam entri Tension haritu :D
psss.doakan result kami yang lagi 2 paper tu (Biochem & Physio)
psss. entri ini disiapkan supaya penulis dapat bersedia dengan segala keputusan yang bakal diterima minggu depan. huhuhuhuhuhu

16 thoughts on “Semangatku Bersama 1000 Dinar

  1. noor hakim says:

    sy ske cgt entri ni..,sesape yg mmg jdkn mnde ni amlan mmg good laa..and I think mybe I should mke ths as my routine too..thx..

    • Zida says:

      alhamdulillah, kalau ada yang baik tu, kongsi-kongsi dengan orang lain. dan boleh la kita ikut mana-mana yang baik tu :)

    • Zida says:

      err bukan kena ikhtiar baru usaha pastu doa ke? hehe tak kisahlah janji semua tu kena buat sekali dan takde yang tertinggal. thankss kak :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge