Assalamualaikum w.b.t
Hai semua!
Dah seminggu tak tau nak blog pasal apa, tapi tiba-tiba tadi terdapat idea masa tengah tengok cerekarama-rama Jujur Aku Dayus yang sangat mendapat tempat di timeline twitter. Mula-mula tengok cerita tu cam bosan gila je, tapi bila tengok eh sweetnya Beto Kusyairy ni, HAHA terus saya patah balik tengok dari mula. Heee
incik Beto_Kusyairy sudah berjaya mencantas hero2 slot cerekarama yg lain..kan? taken somewhere from Twitterjaya
Saya nak promote, pada sesiapa yang tak sempat tengok, sila la download, sebab saya rasa this is the one of the cerita melayu yang ada moral of the story. Hehe Okay stop pasal Jujur Aku Dayus. Ni kalau tak diberhentikan sampai esok kelas Histology pun takkan habis. Tapi saya nak petik satu dialog dalam cerita tu yang agak memberi kesan kepada saya, dan mungkin juga pada orang lain.
“Tak semua tudung dan jubah tu (yang ada dalam kedai tu) cantik, tapi semua yang bertudung dan berjubah tu cantik”
How sweet ayat tu kan? Bagi saya ayat tu soooooo true! Semua orang (perempuan) kalau pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna, yang muka tak cantik mana pun, alahai sedapnya mata memandang. Lelaki, kalau se-poyo, se-playboy, se-whatever mana pun saya rasa mesti nak cari isteri yang solehah yang menutup aurat semua kan?
contoh terbaik. phewww <3 <3
Jom pratikkan pakai tudung labuh, kalau tak pakai tudung labuh bulat tu pun, kita labuhkan tudung kita jom, sweet la kalau pakai tudung bawah dada, serious sweet tak tipu. Yela pakai tudung pendek-pendek pun dapat apa? Kita dapat dosa, orang yang nampak pun sekali dosa. Kata nak ajak semua masuk syurga sama-sama kan
Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh :
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agamanya, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin (kalau tudung jahit terus sarung je lagi mudah kan?)
9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
Jom bertukar dan istiqamah, moga jadi hamba-Nya yang TERBAIK!
Artikel dipetik dari sini.



Pingback: Ingat Hot Kat Dunia Tak ‘Hot’ Kat Akhirat Nanti? | Illusion of Dyspraxia
tdetik hati utk btudung labuh,sjk stahun yg dlu… byk ptimbangan harus dibuat,mungkin belum bnr2 yakin dn bsedia… tq 4 d tips.. hopes dat,dpt mbantu:) >>>insyaallah
Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..sebelum ni mmg pernah pakai tudung labuh tapi…….
insyaAllah..semoga Allah permudahkan penghijrahan sebenar ini!
*saya ada tengok cerita Jujur Aku Dayus tu n mmg lakonan Beto semat. boleh kalah Seth Tan dlm Nora Elena..hee
likess “Tak semua tudung dan jubah tu (yang ada dalam kedai tu) cantik, tapi semua yang bertudung dan berjubah tu cantik”
Yang penting ada percubaan untuk menutup aurat da perbaiki hari demi hari.
dan juga, istiqamah (berterusan) walaupun sedikit demi sedikit
betul tu zida..
aku setuju tips ni seratus satu percent !
hihii :’)
shieraridwan´s last [type] ..Tak Ambil Baucer Lagi.
Share la yekk, untuk kebaikan bersama.
Beto dah kawin wakaka
nice tips walaupun lelaki yg bace hehe
hazwan´s last [type] ..9 Fakta Tentang Lelaki dan Memasak
Tauu dahhhh (kecewa jap, hahaha)
ps.bagus apa lelaki baca, boleh pratikkan kat mak, kakak, adik, isteri ke kann
aku xdapat nak amalkan tips2 ni..sorry..kahkah
*tp maybe akan disimpan utk anakcucu kelak kot…*
yui92´s last [type] ..The Depressing News
sila, untuk kakak adik isteri anak cucu cicit semua la yekkk
rasanya belum pernah jumpa tips yg macam ni. Genius! Girls must take note.
M´s last [type] ..Little Creatures
Yeahh, jangan lupa share kalau bermanfaat. Heheh
bagusnye tips ni..bolehla akak cube lepas niyy..thnx zida..:)
Cuba kak, insyaALLAH seiiring dengan usaha dan istiqamah mesti boleh
Doa sama-sama ekk ~
Wah, bagus sekali tipsnya. Terbaik.
amirulfaiz´s last [type] ..Joomla! Sebagai medium untuk blog
Jom ajak ahli keluarga lain jom