Salam.
Hari ni nak stori pasal lelaki kacak, walaupun natang ni takde kena mengena dengan test Histology saya hari ni. Lalala~ Entri ini sesuai untuk lelaki kacak di luar sana yang rasa dia kacak dan mungkin perasan kacak ataupun memang dia kacak hehe
Kalau cakap pasal lelaki kacak mesti semua orang akan terbayang muka lelaki yang cantik, bersih, licin, senang cerita kacak laa. Pastu masing-masing membayangkan muka artis yang hensem-hensem macam Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Lee Dong Wook, Rain, dan banyak la lagi.
Heyy kamon, diorang memang kacak, yes (nasib baik I tak tergoda fewhh) tapi kacakkah sikap mereka? Kacakkah perwatakkan mereka? Kacakkah budi bahsa mereka? Paling penting, kacakkah mereka dalam Islamnya? Haaaaa. Cek dan koreksi balik diri anda wahai lelaki-lelaki kacak sekalian.
Siapa Dia Lelaki Kacak?
1) Lelaki yang solat 5 waktu sehari semalam dan sanggup bangun pada tengah malam untuk qiam.
2) Lelaki yang menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.
3) Lelaki yang memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat.
4) Lelaki yang menghormati ibu bapa, sanak saudara dan rakan-rakan.
5) Lelaki yang mampu menepis godaan zina dan maksiat.
6) Lelaki yang menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.
7) Lelaki yang memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.
8) Lelaki yang berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.
9) Lelaki yang bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.
10) Lelaki yang melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat.
11) Lelaki yang menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri (bagi yang telah berumahtangga).
12) Lelaki yang berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.
13) Lelaki yang melayan isteri seperti seorang bidadari.
14) Lelaki yang mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur.
15) Lelaki yang mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang diinginkan.
16) Lelaki yang TIDAK MEROKOK !!!!
Rasanya 16 perkara tentang lelaki kacak ni mungkin dah ramai yang share dan rasanya betul. Bagi saya, lelaki yang muka dia biasa-biasa je, tapi kalau baik dan ada 14 sifat di atas (tolak 2 bab kahwin tu) fuhhh muka yang tak macam Leonardo deCaprio pun boleh sedap di pandang. Serious wa cakap (berdasarkan pengalaman para sahabiyyah dulu hehe)
Siapa Dia Lelaki Kacak di Hati Zida?
Aww awww okay ini merapu. Haha lelaki kacak di hati saya hanyalah abah saya dan adik lelaki saya yang makin nak hensem dan adik lelaki kecik saya yang comel, sebab hanya mereka bertiga lelaki yang saya mula-mula kenal dahulu (sweet tak?) hehe
kacakkan budak ni. hahaha
Okay sila jangan pelik kenapa saya buat entri pasal LELAKI KACAK ni. Sebenarnya saya sedang menyahut cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh SEO Apps, Bluedianthus.com, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com, dan AhmadFaizal.com. Mana tau ada rezeki boleh menang duit ke. Hehe
Kbai! Nak pergi buat test~
ps. apa pandangan anda tentang lelaki kacak?
pss. eh mana ek nak cari lelaki kacak yang ada 16 sifat ni? hehe #kbai


lelaki kacak adalah saya..
muazfaris´s last [type] ..Kenapa belajar Medic sukar?
ehem, tak pernah jumpa lagi, jadi tak tahu la kacak ke tak. hehe tapi kalau betul dah cukup semua kriteria kat atas ni, insyaALLAH kacak dah tu
Cik Zida saya jumpa Muaz Faris masa kursus penulisan bersama Pak Latip dulu kat Mesir ni.
Orangnya memang kacak.
hehe .. Muaz jangan tersedak sudah la ..
saya jumpa Muaz masa dia di Pre-Med UPM dulu, jumpa nampak dari jauh jelah sebab tak kenal pun masa tu. Haha ~
Pingback: Aidanatasya.com pemenang tempat ke-5, contest SEO “Lelaki Kacak”
Pingback: Pemenang Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 | EarnCent.com
Pingback: Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 ditamatkan. | EarnCent.com
Pingback: Juara Lelaki Kacak Malaysia | Blog Hati Putera,,
Pingback: Lelaki Kacak Terhebat
Pingback: 8 hari lagi wehh.. | ahmadfaizal.com
Pingback: Last Call Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 | EarnCent.com
Pingback: Lelaki Kacak Kongsi 10 Gaya Lelaki Kacak | AZD's BLOG
Pingback: Lelaki Kacak di Hati Izara Aishah
Pingback: Lelaki Kacak dan 83 blogger kacak. | EarnCent.com
lelaki kacak beriman… payah nak cari kan.. hehehe
Lelaki Tak Kacak´s last [type] ..Ditinggalkan kerana Aku Bukan Lelaki Kacak
tau takpe, harap sangat still ada lagi lelaki beriman kat luar sana. sobsob
Pingback: Kepekatan Lelaki Kacak
Pingback: Lelaki Kacak 2012 | JOMTonton
Pingback: Senarai Blogger Lelaki Kacak | UmarFaruq.Com
Lelaki yang kacak untuk perempuan yang cantik juga
Raz Veinz´s last [type] ..My 7 steps – Kerrigan Birthday Prize
kacak perangai dan cantik budi bahasa, laaaaaaaagi la sesuai kan
Pingback: 50+ Lelaki Kacak di Malaysia
hehe. bagus kriteria kacak tu. good luck!
zuls´s last [type] ..Membesar-besarkan cerita ?
hehehe ikut lah ye mana-mana yang baik dalam entri nii
Pingback: Cabaran SEO Lelaki Kacak Semakin Hangat | Aku Learn
Mak aihhh….banyaknya kategori tuk lelaki kacak nih….
yas´s last [type] ..SIAPAKAH LELAKI KACAK 2012
Follow, jangan tak follow
biarlah kacak pada pandangan Allah daripada kacak pada pandangan yg tak sepatutnya..
good luck
Ladfe Amir´s last [type] ..Wordless Wednesday (Result SPMV)
Pingback: 48 Lelaki Kacak | ahmadfaizal.com
As salam,
Mmg senarai panjang jugak tu. Jadi, paling penting kacak dalaman. Kekal dan memberi kita kebaikan di sana nanti.
good luck yer =)
hafizmd´s last [type] ..Suku Akhir Piala FA:Terengganu vs Lions XII
Pingback: Hadiah terkini Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 | EarnCent.com
Are talking about me zida??? Bhahaha. Poyo
Amar´s last [type] ..Ranking SPM 2011 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Ohmai ohmaiiiiii!
Haha kalau rasa cukup, alhamdulillah
Senarai yang diberikan adalah ciri-ciri calon suami yang beriman.
akubiomed´s last [type] ..Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagi
Hehehe, doa-doa, harap-harap dapat la sorang yang ada ciri-ciri camni. Heheh
fiuhhh…!!tgamam kjap lps bce td…korek pnya korek…,last2 jmpe la sket2 ciri tu on me..,tp sket cgt..,as a result mybe i’m not a perfect one…hmm..
cubalah untuk jadi yang paling sempurna, try slow-slow pun okay je
aku nyesal tul x tumbuk muke pakcik yg merokok kat dpn tremco arini, serius menyesal! smokers, x payah nak perasan kacak la, kalau rokok pon x boleh nk lawan
tak payah la, kat sini memang habit kot. huhuu
pling penting solat 5 waktu..tu yg pling kacak skali..
Jebeng Otai™Â´s last [type] ..Teknik Pelaburan Emas Lelaki Kacak
tau takpe, jangan la tinggal solat, kang runtuh semua tiang-tiang penegak kehidupan kangg. tak hensem dah.
erk..bila ditanya mengenai lelaki kacak, tiada siapa yang terlintas di pemikiran..hoho..
teenagerhousemaid´s last [type] .."Lonely"
ececece cepat2 carik satu cik akak! cari yang ‘kacak’ macam ni tauu
baru ingat zida nak berlaki ke apa, rupanya sahut cabaran. haha ;D
WANIE_MN´s last [type] ..LIFE
waniii! haha lambat lagi la nak berlaki, kena lepas dulu belajar, dapat mumtaz, jadi doktor abru boleh fikir nak berlaki.
tapi kalau ada rezeki apa salahnya. hehe #oppsss
Pingback: Kursus Mode. | ahmadfaizal.com
ada kriteria tuh..hihi…mantap2…
zik´s last [type] ..Aku LELAKI KACAK wei!
ehemm, boleh la suruh akak2 kat sini masuk meminang bro zik lepas ni. lalala~
wanita cantik tak de ke??
ngee~
Angah_Lya´s last [type] ..5 waktu
wanita cantik, otw. lepas exam baru buat. hehehe
Sebuah entri yang terhasil dari aura Mr. Titan
Apa2 pun sebuah cerita yang santai tetapi penuh bermakna pada 16 point di atas.
Adik lelaki Zida memang Super Kacaks
nizamghazi´s last [type] ..I am a Topman Lover who [Rainy Heart] in FLX
Semoga dapat jadi pengajaran untuk semua lelaki di luar sana, kan best tengok semua lelaki jadi kacak macam ni
ps.jangan puji adik zida tu lebih2, kang perasan lebih pulak dia. haha
Pingback: Senarai peserta Cabaran SEO Lelaki Kacak | EarnCent.com
mmg kacak!
syu90´s last [type] ..Ipad 3 menjadi rebutan !
siapa yang kacakkkk? haha
hehe..terima kasih kerana berminat sertai cabaran ini. Jangan lupa update senarai penaja nanti ye sebab dijangka akan bertambah lagi. hehe..
betul. tak best merokok!
titan´s last [type] ..Senarai peserta Cabaran SEO Lelaki Kacak
Almost welcome, lama tak join cabaran-cabaran yang macam ni. Yelah bila busy blog pun nampak tak meriah, so bila join, masa busy pun jadi meriah!
ps.kalau nak jadi penaja plak pas ni camne? hehehehe
boleh aje. hehe..
cabaran ni pun, ada penaja yang join sekali gak.
dalam cabaran ini, tak kiralah penaja atau peserta, dua-dua boleh join cabaran ini. takde masalah.
titan´s last [type] ..Lelaki kacak dan Permata yang hilang.
Lepas ni nak try jadi penaja plak laaa. Tapi RM50 jelaa. Hehehhe
Tambah yang ke-16,lelaki itu tidak merokok. Super-kacak!!! Haha.
yessssss! jap nak tambah!! hehehe