Siapa Dia Lelaki Kacak

Salam.

Hari ni nak stori pasal lelaki kacak, walaupun natang ni takde kena mengena dengan test Histology saya hari ni. Lalala~ Entri ini sesuai untuk lelaki kacak di luar sana yang rasa dia kacak dan mungkin perasan kacak ataupun memang dia kacak hehe

Kalau cakap pasal lelaki kacak mesti semua orang akan terbayang muka lelaki yang cantik, bersih, licin, senang cerita kacak laa. Pastu masing-masing membayangkan muka artis yang hensem-hensem macam Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Lee Dong Wook, Rain, dan banyak la lagi.

Heyy kamon, diorang memang kacak, yes (nasib baik I tak tergoda fewhh) tapi kacakkah sikap mereka? Kacakkah perwatakkan mereka? Kacakkah budi bahsa mereka? Paling penting, kacakkah mereka dalam Islamnya? Haaaaa. Cek dan koreksi balik diri anda wahai lelaki-lelaki kacak sekalian.

Siapa Dia Lelaki Kacak?

1)      Lelaki yang solat 5 waktu sehari semalam dan sanggup bangun pada tengah malam untuk qiam.

2)      Lelaki yang menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.

3)      Lelaki yang memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat.

4)      Lelaki yang menghormati ibu bapa, sanak saudara dan rakan-rakan.

 5)      Lelaki yang mampu menepis godaan zina dan maksiat.

 6)      Lelaki yang menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.

 7)      Lelaki yang memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.

 8)      Lelaki yang berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.

 9)      Lelaki yang bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.

 10)   Lelaki yang melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat.

 11)   Lelaki yang menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri (bagi yang telah berumahtangga).

 12)   Lelaki yang berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.

 13)   Lelaki yang melayan isteri seperti seorang bidadari.

 14)   Lelaki yang mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur.

 15)   Lelaki yang mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang diinginkan.

16)     Lelaki yang TIDAK MEROKOK !!!!

Rasanya 16 perkara tentang lelaki kacak ni mungkin dah ramai yang share dan rasanya betul. Bagi saya, lelaki yang muka dia biasa-biasa je, tapi kalau baik dan ada 14 sifat di atas (tolak 2 bab kahwin tu) fuhhh muka yang tak macam Leonardo deCaprio pun boleh sedap di pandang. Serious wa cakap (berdasarkan pengalaman para sahabiyyah dulu hehe)

Siapa Dia Lelaki Kacak di Hati Zida?

Aww awww okay ini merapu. Haha lelaki kacak di hati saya hanyalah abah saya dan adik lelaki saya yang makin nak hensem dan adik lelaki kecik saya yang comel, sebab hanya mereka bertiga lelaki yang saya mula-mula kenal dahulu (sweet tak?) hehe

kacakkan budak ni. hahaha :P

Okay sila jangan pelik kenapa saya buat entri pasal LELAKI KACAK ni. Sebenarnya saya sedang menyahut cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh SEO Apps, Bluedianthus.com, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com, dan AhmadFaizal.com. Mana tau ada rezeki boleh menang duit ke. Hehe

Kbai! Nak pergi buat test~

ps. apa pandangan anda tentang lelaki kacak?
pss. eh mana ek nak cari lelaki kacak yang ada 16 sifat ni? hehe #kbai

61 thoughts on “Siapa Dia Lelaki Kacak

    • Zida says:

      ehem, tak pernah jumpa lagi, jadi tak tahu la kacak ke tak. hehe tapi kalau betul dah cukup semua kriteria kat atas ni, insyaALLAH kacak dah tu :D

  1. noor hakim says:

    fiuhhh…!!tgamam kjap lps bce td…korek pnya korek…,last2 jmpe la sket2 ciri tu on me..,tp sket cgt..,as a result mybe i’m not a perfect one…hmm..

  2. Blaq Ridin Hood says:

    aku nyesal tul x tumbuk muke pakcik yg merokok kat dpn tremco arini, serius menyesal! smokers, x payah nak perasan kacak la, kalau rokok pon x boleh nk lawan

    • Zida says:

      waniii! haha lambat lagi la nak berlaki, kena lepas dulu belajar, dapat mumtaz, jadi doktor abru boleh fikir nak berlaki.

      tapi kalau ada rezeki apa salahnya. hehe #oppsss

    • Zida says:

      Semoga dapat jadi pengajaran untuk semua lelaki di luar sana, kan best tengok semua lelaki jadi kacak macam ni :)

      ps.jangan puji adik zida tu lebih2, kang perasan lebih pulak dia. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge