Ingat Hot Kat Dunia Tak ‘Hot’ Kat Akhirat Nanti?

Salam.

Hamek kau!

Again, I’ll create another kontrobasi. Memang dah basi dah pun, sebab hal ni dah lama, tapi ramai lagi yang kurang sedar, kurang prihatin, mungkin ada yang kurang tahu. Oleh itu saya rasa bertanggungjawab untuk bagitahu pada anda-anda wanita di luar sana.

Btw, sorry kalau tajuk kasar sangat. Se-hot mana pun hati saya, saya tahu ALLAH lagi ‘hot’ kat atas tuuuu! :(

Tadi saya terbukak satu blog ni, dok promosi majalah ‘fashion hijab’ terbaru, hekk siapa bukak twitter saya tahu la kot majalah apa, lagipun dah ramai yang tahu walaupun majalah tu baru sangat dilancarkan dan diterbitkan.

Btw jugak, tahniah pada pihak produksi sebab kalian telah berjaya menerbitkan satu majalah yang boleh jadi ikutan buat anak-anak remaja zaman kini. Susahkan nak cari majalah yang modelnya nak pakai tudungkan? Memang susah! Moga ada yang sudi bertudung lepas baca majalah tu.

Cuma yang membuatkan saya panas sikit adalah…

Awakkk, tak boleh ke labuhkan sikit tudung tu? Angpa nak lilit banyak mana sampai jadi serban pun tak kisahlah, janji tutup dada tu boleh tak? Saya yang perempuan ni pun malu kalau nampak ada benda yang terbonjol-bonjol ni. Haihhh.

Allah dah kata, “….dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)….” [24 : 31]

Langgar perintah Allah neraka tau jawapan dia! HOT sangat! Kata nak masuk syurga sama-sama. Huhu~

Awakk, boleh tak kalau panjangkan sikit baju tutup ponggong dan longgarkan sikit baju tu? Saya rasa tak mati pun kalau pakai longgar, bahkan saya rasa macam nak mati je kalau pakai baju sempit-semput ni. Rasa cam badan tu tak boleh nak buat oksidasi dah. Pakai la baju apa pun janji jangan la nampak batang tubuh tu.

Awakk, kalau seluar awak tu tak ketat tak boleh ke? Awak nak pakai jeans pun cari la yang longgar sikit, lemas jugak kang kaki tu dok balut ketat-ketat, kesian jugak la kat ‘genitalia’ awak tu, kang ada yang tak boleh beranak kang. Nauzubillah.

Instead of seluar, awak pakai la skirt, sekarang kan dah banyak skirt yang berstylo, cari yang kembang-kembang, mesti awak nampak lagi comel, kalau pakai skirt yang ketat, nak jalan pun susah, terkepit-kepit, haih lemas lemas!

okay dah tapi longgarkan seluar mesti comel Kak Yuna :)
[artis feberet Doktor Hikaru Yuiiii]

pilihan di tangan anda ;)

Bagi yang baru nak bertudung tu, mungkin majalah ni sangat sesuai dengan anda, tapi kalau boleh ‘paksa’ diri tu untuk cuba ubah ke arah yang lebih baik. Kalau yang sudah bertudung tu, ‘paksa’ jugak diri anda untuk cuba labuhkan mana yang pendek, longgarkan mana yang ketat tuuu.

Kita ni taklah miskin sangatkan sampai tak cukup duit nak beli kain tutup aurat kan? Lepas tu ikut suka la nak berfesyen macam mana pun, janji ikut syarat yang 4 kat atas tu, mesti anda nampak comel dan cantik di pandangan semua orang dan paling penting di pandangan ALLAH…

Ingat kita ni nak tutup aurat, bukan nak tutup urat, bukan nak balut aurat!!

Okay bye!

ps.jom belajar pakai tudung labuh jom!
pss.moga ALLAH ampunkan dosa kita semua..

pss.mesti ada yang cakap saya ni kolot kan? takpelah, janji tak kolot depan Tuhan nanti ;)

18 thoughts on “Ingat Hot Kat Dunia Tak ‘Hot’ Kat Akhirat Nanti?

    • Zida says:

      Wsalam.

      Betul jugak tu, kadang-kadang tengok sebab dia nak bergaya ikut trend dan fesyen. Alahai, persepsi macam ni yang kena diubah sebenarnya.

    • Zida says:

      Alhamdulillah dia dah pakai tudung tutup dada, sejuk je mata pandang, tapi satu slek, diorang still suka buat bonggol tinggi-tinggi. Huhu~

  1. teringat kak wardina safiyyah kata, kita ni jangan mudah jadi mangsa fesyen. even fesyen yg ditunjukkan tu model yang bertudung yet pemakaian tu masih belum kelihatan sopan bagi aku evento trademark majalah tu ‘STYLO dan SOPAN’. sopan ke klu model2 dlm tu bergaya lintuk2 mendadakan diri plus dada tak cover? hmm.
    wanie_mn´s last blog post ..memori daun pisang :’)

    • Zida says:

      nice shot wanie!

      thats why, labuhkan, longgarkan, haaaa komfem masuk dalam golongan Stylo and Sopan nii.

      jom masuk syurga sama-sama :’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge