Salam.
Hamek kau!
Again, I’ll create another kontrobasi. Memang dah basi dah pun, sebab hal ni dah lama, tapi ramai lagi yang kurang sedar, kurang prihatin, mungkin ada yang kurang tahu. Oleh itu saya rasa bertanggungjawab untuk bagitahu pada anda-anda wanita di luar sana.
Btw, sorry kalau tajuk kasar sangat. Se-hot mana pun hati saya, saya tahu ALLAH lagi ‘hot’ kat atas tuuuu!
Tadi saya terbukak satu blog ni, dok promosi majalah ‘fashion hijab’ terbaru, hekk siapa bukak twitter saya tahu la kot majalah apa, lagipun dah ramai yang tahu walaupun majalah tu baru sangat dilancarkan dan diterbitkan.
Btw jugak, tahniah pada pihak produksi sebab kalian telah berjaya menerbitkan satu majalah yang boleh jadi ikutan buat anak-anak remaja zaman kini. Susahkan nak cari majalah yang modelnya nak pakai tudungkan? Memang susah! Moga ada yang sudi bertudung lepas baca majalah tu.
Cuma yang membuatkan saya panas sikit adalah…
Awakkk, tak boleh ke labuhkan sikit tudung tu? Angpa nak lilit banyak mana sampai jadi serban pun tak kisahlah, janji tutup dada tu boleh tak? Saya yang perempuan ni pun malu kalau nampak ada benda yang terbonjol-bonjol ni. Haihhh.
Allah dah kata, “….dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)….” [24 : 31]
Langgar perintah Allah neraka tau jawapan dia! HOT sangat! Kata nak masuk syurga sama-sama. Huhu~
Awakk, boleh tak kalau panjangkan sikit baju tutup ponggong dan longgarkan sikit baju tu? Saya rasa tak mati pun kalau pakai longgar, bahkan saya rasa macam nak mati je kalau pakai baju sempit-semput ni. Rasa cam badan tu tak boleh nak buat oksidasi dah. Pakai la baju apa pun janji jangan la nampak batang tubuh tu.
Awakk, kalau seluar awak tu tak ketat tak boleh ke? Awak nak pakai jeans pun cari la yang longgar sikit, lemas jugak kang kaki tu dok balut ketat-ketat, kesian jugak la kat ‘genitalia’ awak tu, kang ada yang tak boleh beranak kang. Nauzubillah.
Instead of seluar, awak pakai la skirt, sekarang kan dah banyak skirt yang berstylo, cari yang kembang-kembang, mesti awak nampak lagi comel, kalau pakai skirt yang ketat, nak jalan pun susah, terkepit-kepit, haih lemas lemas!
okay dah tapi longgarkan seluar mesti comel Kak Yuna ![]()
[artis feberet Doktor Hikaru Yuiiii]
pilihan di tangan anda
Bagi yang baru nak bertudung tu, mungkin majalah ni sangat sesuai dengan anda, tapi kalau boleh ‘paksa’ diri tu untuk cuba ubah ke arah yang lebih baik. Kalau yang sudah bertudung tu, ‘paksa’ jugak diri anda untuk cuba labuhkan mana yang pendek, longgarkan mana yang ketat tuuu.
Kita ni taklah miskin sangatkan sampai tak cukup duit nak beli kain tutup aurat kan? Lepas tu ikut suka la nak berfesyen macam mana pun, janji ikut syarat yang 4 kat atas tu, mesti anda nampak comel dan cantik di pandangan semua orang dan paling penting di pandangan ALLAH…
Ingat kita ni nak tutup aurat, bukan nak tutup urat, bukan nak balut aurat!!
Okay bye!
ps.jom belajar pakai tudung labuh jom!
pss.moga ALLAH ampunkan dosa kita semua..
pss.mesti ada yang cakap saya ni kolot kan? takpelah, janji tak kolot depan Tuhan nanti



puas dah menasihat..nak gak pakai camtu..
titan´s last [type] ..Kecelaruan Maklumat – Mat Luthfi dan Titan
tu la pasal. camne ek nak buat? ada solusi takkkk? huhu~
ada. kahwin dengan aku. memang aku tak bagi punya pakai macam tu kalau jadi bini aku. haha..
titan´s last [type] ..Lelaki Kacak dan 83 blogger kacak.
abes takkan semua orang nak kahwin dengan bro kot. hahaha LOL
kadang2 memang pening kepala tengok fesyen2 terbaru sekarangni..belum masuk lg tu yg buat bonggol unta….pastu main lawan2 bonggol sapa lg kaww2..huhuhu…
bardboo´s last [type] ..Banyak Ni Je Ke Yang Join?
dah la buruk gila tinggi-tinggi camtu. tak faham betul. nak lawan-lawan eh? hahah unta jugak menang. LOL!
Cara pemakaian untuk muslimah diperbaiki dari semasa ke masa bukan sahaja mengikut peredaran zaman semata-mata tetapi mesti mengikut garis panduan syariat islam.
akubiomed´s last [type] ..My #toshibaultrabook Z830 lebih ringan daripada kotak peralatan AkuBiomed
betul, nak pakai moden mana sekali pun pakai lah, janji cara dia betul, ikut syariat yang sebenar.
Salam.
Bila bertudung dah jadi fesyen dan bukan satu kewajipan.., inilah jadinya. Ramai wanita sekarang yang bertudung apabila ke pejabat sahaja.., kat luar seksi nak mampus….
Malaysia Coin´s last [type] ..5 sen siri kedua
Wsalam.
Betul jugak tu, kadang-kadang tengok sebab dia nak bergaya ikut trend dan fesyen. Alahai, persepsi macam ni yang kena diubah sebenarnya.
wehh aku suka la tengok diana amir tu.hehe. cantik je. pakai tudung pun tutup dada =)
syue´s last [type] ..Selamat tahun baru! <- lembab!
Alhamdulillah dia dah pakai tudung tutup dada, sejuk je mata pandang, tapi satu slek, diorang still suka buat bonggol tinggi-tinggi. Huhu~
aku ada buat entry yang mcm ada kaitan dgn isu ni… tp dalam draft lagik.. nak baca buku study (lah konon) sbb tu xpublish lagi kahkah
nnti dah publish hg baca dan bg komen k =p
yui92´s last [type] ..My Beloved Malaysia(ns)
eh aku baru nak reply komen. ko dah buat dah kan entri dia tu. haha
betul sesak tau pakai ketat2 ni. jom sama2 jadi baik di mata Allah
sesak satu, buat kasi seksa pulak tu. haishh
Jom jadi baik jomm, jom jadi cantik jom! Semuanya jom kerana Allah! :’)
teringat kak wardina safiyyah kata, kita ni jangan mudah jadi mangsa fesyen. even fesyen yg ditunjukkan tu model yang bertudung yet pemakaian tu masih belum kelihatan sopan bagi aku evento trademark majalah tu ‘STYLO dan SOPAN’. sopan ke klu model2 dlm tu bergaya lintuk2 mendadakan diri plus dada tak cover? hmm.
wanie_mn´s last [type] ..memori daun pisang :’)
nice shot wanie!
thats why, labuhkan, longgarkan, haaaa komfem masuk dalam golongan Stylo and Sopan nii.
jom masuk syurga sama-sama :’)