Kegilaan Menuju Peperiksaan

Salam.

“I never stop blogging even I have an exam tomorrow”

Yeah, I’m still remember that quote, a quote that quoted from me myself, during taaruf with the akhawat(s) during daurah last Wednesday. Still, and forever, I will NOT STOP blogging, even if I got a paper of exam in the next day! Haha.

But that’s not what I’m going to talk about (the blogging). I’m going to talk about exam, or more friendly, ‘imtihan‘.

Bulan April Bulan Kelekaan

Semua yang duduk kat Mesir ni dah sebati dengan bulan April yang dikatakan bulan fatrah imtihan; bulan peperiksaan; bulan study leave; bulan beli tiket flight dan sebagainya. Bulan April menjadi sangat kegilaan dan sangat mencabar, lagi-lagi bila memandang timbunan buku yang hampir mencecah 1 meter tingginya, dan memikirkan sempat atau tak nak habiskan semua silibus.

*sigh*

Kemudian, waktu ni pulak macam-macam benda terjadi. Waktu ni la kitorang gila selak buku. Waktu ni la kitorang sibuk nak cuba resepi baru. Waktu ni la kitorang buat something yang nampak macam non-edible food (makanan binatang). Waktu ni la spek mata nak patah. Waktu ni la stok makanan semakin berkurang. Dan waktu ni la poket makin ringan.

Tapi sesungguhnya….

Waktu inilah syaitan semakin bermaharajalela. Waktu inilah syaitan bertenaga memulakan tugas dengan gembira. Manakan tidak, diorang nampak kita leka. Diorang tahu kita alpa, sebab waktu-waktu ni la kita semakin sibuk, semakin lalai, dan semakin futur. Apa lagi, diorang pun terus suntik virus mazmumah dalam hati kita.

Zupppppp!

Ya, saya sedar semua benda kat atas ni terjadi pada diri saya.

Allah T_T

Saya tahu kita semua sibuk nak dapat Mumtaz, sibuk nak genggam kejayaan, sibuk itu ini tapi sejauh mana kita sibuk menggenggam pada Allah? Sebesar mana ingatan kita pada Allah dalam masa yang sibuk ini? Terfikir jugak, kita kalau nak hadap exam je, bukan main preparation yang kita buat tapi sedar tak kita, ada tak preparation untuk exam akhirat nanti? Wuwuwuwu.

Sedar tak sedar jugak, kadang-kadang ukhuwah antara kawan-kawan ada yang semakin merenggang. Emosi tak stabil. Nafsu tak terkawal. Kadang-kadang termarah itu ini, tertinggi suara sani, lepas tu mula la touching and hard feeling. Heyyy sangat tak best!

Kerja-kerja dakwah pun sama jugak. Mentang-mentang nak exam, kerja-kerja zikrullah dibiarkan tergendala. Eh tunggulah sekejap, nanti boleh sambung balik! Eh kau tahu ke mati tu bila? Tiba-tiba mati tak sempat nak dakwah orang macam mana? Apa ingat study kau ni boleh masuk kubur?

NO WAY MAN!

Fatrah Imtihan Fatrah Taqarrub

Selalu orang cakap, kalau kita nak sesuatu benda tu baru kita ingat kat Allah, kan? Saya pun kadang-kadang pun macam tu jugak. Tapi tak salah kan kalau kita tambah ingatan kita pada Allah lebih sikit banyak pada waktu macam ni.

Saya tahu dalam fatrah imtihan ni, ada satu masa saya dapat rasa satu perasaan yang kosong, perasaan yang sunyi, lagi-lagi bila tersedar yang saya ni lekaaaaa sangat dengan buku, lekaaaaa sangat dengan laptop, lekaaa sangat dengan benda lain. Haihh bila nak leka dengan Allah nii?

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat bila ada sahabat yang prihatin, ada mak usrah yang cakna dan tahu dan nampak bila saya ada dalam zon ‘futur’ tu. Alhamdulillah ramai yang sudi bagi peringatan dan ingatan untuk saya. Syukraaaan awi awi korang!

Jadi, kalau agak-agak rasa sunyi kosong tu, terus pergi ambil wuduk, solat sunat 2 rakaat, mengadu la apa-apa pada Allah, kalau boleh menangis lagi best, doa banyak-banyak, pegang ayat Chinta dan tadabbur, bangun qiam, tak tinggal solat sunat, puasa sunat dan buat la apa-apa benda yang boleh mendekatkan (taqarrub) kita pada Dia Yang Satu.

“Dan bahawa manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu) [53 : 39-42]

Itu sahaja. Idea memang suka habis tiba-tiba kalau entri dah terlalu panjang. Sorry sebab menghabiskan masa korang untuk baca dan faham. Kalau tak faham tu, buat-buat faham jelah. Maklumlah karangan orang dah lama tinggal SPM :P

SELAMAT BELAJAR & SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

11 thoughts on “Kegilaan Menuju Peperiksaan

    • Zida says:

      tang mana nya yang aku ni rajin?

      haha

      “ya Allah, kau rajenkanlah si Solihin ini, supaya dia dapat jawab exam dengan bahagia nanti…”

      Ameen~

      Doakan aku jugak wehhh!! :D

    • Zida says:

      all the best ye kak aisyahhh, sama-sama saling ingat-mengingat, takde hal lah! :D

      insyaALLAH may Allah ease us!

      ps.teringin pulak nak jumpa akak. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge