10 Mei Yang Dinanti

Assalamualaikum.

(sila baca dengan style surat okehhh)

Ke hadapan awak yang saya rindui (ecewah terlebih jiwang sudah), kabare wak? Waras wak? Apa lagi ek? Ok cukup, aku bukan reti nak cakap jawa walaupun 2 tahun bersekolah di Kampung Jawa *rindu* hehe

Kalau awak nak tahu, semalam saya petang lepas Asar kerja saya duduk stalker facebook awak. Saya tengok awak macam dah lama tak online, awak bizi kot. Saya ni walaupun extra bizi than you tapi buat-buat macam tak bizi pulak. Haiseh tak sedar diri nak periksa minggu depan satu lagi.

Awak, kalau saya teringat awak, mesti saya senyum sorang-sorang. Awak tahu kenapa?

Jengjengjeng.

First time masuk sekolah tu, saya rasa awak antara orang pertama yang saya kenal. Saya masuk je kelas 4 Firdaus masa tu, rasa macam semua orang saya dah laaaaama kenal. Saya duduk je kat tempat saya masa tu, Allah rasa nak menangis terharu yang sangat. Kita terus je cakap banyak-banyak, sembang panjang-panjang padahal tak kenal pun lagi. (inilah antara sebab-sebab saya tak jadi pindah)

Dulu kat sekolah saya kan selalu dengan awak. Mana-mana kita pergi mesti muka kita berdua (sekali dengan budak berdua tu jugak la) apa orang cakap macam belangkas? Kat mana ada awak, situ ada saya. Kat mana ada saya, situ ada awak (kecuali dalam bilik mesyuarat masing-masing) hahaha

Dulu awak yang selalu menjadi pendengar setia saya. Yela kita pun dalam kelas duduk depan belakang je kan. Hihihi apa-apa cerita yang datang mesti kita yang start dulu.

Saya ada masalah, saya cerita kat awak.

Saya nak pinjam duit, saya mintak kat awak.

Saya nak makan, awak setiap hari bawak bekal.

Saya nak belajar, saya cari awak (best student ni)

Saya nak usha orang, saya ajak awak.

Saya nak gossip-gossip panas, automatik ada awak.

Saya nak tidur kat Klang, rumah awak ada.

Saya nak drebar, motor kereta awak ada.

Saya nak shopping, awak sudi nak teman saya.

Saya nak lepak kat bilik ICT, saya ajak awak (walaupun dalam hujan, dan ada program kat luar hahaha)

Even saya nak seludup bawak masuk handphone dan barang-barang yang tak sepatutnya ada kat sekolah pun, awak jadi ‘kastam’ saya #oppss kantoi

Wahhhhhhhh! Banyaknya jasa awak kat saya. Kalau dikira memang tak terhitung dengan jari ni awak. Dengan awaklah, terasa indahnya bila berjaya sekali sekala jadi budak nakal kat sekolah. Jadi takdelah bosan sangat kalau duduk mengenang memory lane yang sweet-sweet gituuu!

Awak,

Rindunya kat sekolah. Rindunya kat kawan-kawan kita. Rindunya kat cikgu-cikgu kita. Rindunya kat makcik kantin, makcik cleaner, pakcik tukang kebun (arwah), pakcik jaga dan semua isi penghuni Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin tu. Alangkah bestnya kalau ada pintu suka hati doraemon, mesti boleh usha patah balik masa lalu.

Haish panjang sudah. Okaylah awak. Saya tak boleh lama-lama ni. Saya kena baca 3 tajuk besar untuk subjek Histology, sebab saya dah peruntuk masa 4 hari saja untuk habiskan 9,10 tajuk besar. Wawawawawa.

Last but not least,

Cik Nurul Umirah bt Umar (kiri)

MET ULTAH

SANAH HELWA

HAPPY BIRTHDAY

SELAMAT HARI LAHIR

SAENGIL CHUKAEHAMNIDA

 selamat membesar dan masuk ke alam 20-an. witwittttt

semoga sukses selalu

semoga bahagia selalu

semoga cepat kahwin

semoga amalan bertambah seiiring bertambahnya umur

moga Allah redha.

aku sayang kau lillah

hehe

(sweet tak aku)

kbai.

ps.geli plak letak muka sendiri.adoiii tapi tu je la gambar gua dengan dia, yang lain dah campak kat dalam hardisk kat mana ntah. huhu abaikan. =.=

16 thoughts on “10 Mei Yang Dinanti

    • Zida says:

      kitorang kat azhar kena delay exam (banat jela) sebab yang pasal pilihanraya presiden tu. haiihh

      histo je pun? peh ayat gila hebat~

    • Zida says:

      awakkkkkkkkk!

      awak tahu tak 14 Julai itu tarikh saya balik Malaysia nanti? (InsyaALLAH) hehe nanti akan ada post punya. Jengjengg

      Doakan aku weh! :D

    • Zida says:

      Terharu je? HAHA

      You’re welcome dear, and thanks a lot for everything you’ve done to me. Still, thanks for being my friend and always being there for me. Cewahhh~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge