Cinta Remaja, Kahwin Muda & Temuramah Eksklusif Bersama Miss E (Madam-To-Be)

Salam.

‘CINTA REMAJA’ & ‘KAHWIN MUDA’

Tajuk dikarang tanpa berfikir secara dalam, selepas tiba-tiba si housemate menyatakan ketidak-puasan-hati beliau terhadap semua orang yang kahwin pada musim-musim macam ni. Hoyehh? Kenapaaa? Why? Leih ba’a?

Memang, musim exam macam ni la tiba-tiba ramai yang dok canang cerita kahwin sediri. Musim exam macam ni la tetiba ramai yang nak berjiwa jiwang heart feeling sana sini. Musim exam macam ni la cerita pasal kahwin tak henti-henti.

- Fasha Sandha & Jejai -

- Dena Baharin & Soffian Ariff -

- Scha Al-Yahya & Awal Ashaari -

dan siapa lagi ??!?

Lepas tu keluar pulak topik kahwin muda dan cinta lepas kahwin. Aiyak saya tak reti nak cerita pasal kahwin-kahwin ni sebenarnya, sebab rasa macam hai awak tu kecik lagi kalau nak cerita pasal jodoh rumah tangga bagai-bagai ni. Geli.

Tapi cerita pasal Dena’s wed paling best sekali, dah rasa macam fairytales kot! Tahniah la ye awak, umur kita sama tapi awak dah jadi Madam dulu. witwittt Cerita cinta lepas kahwin, for Allah’s sake. Sweet isn’t it?

(lepas tu mula pulak episod semua anak-anak dara teringin nak kahwin macam ni ala-ala sweet gituwwww aww aww mende aku merepek ni =.=’)

CINTA REMAJA SEKARANG

Seminggu dua ni, ada adik junior saya ada hubungi saya, bertanya khabar soksek soksek sampai la timbul isu member-member dulu berkapel. Oh, setakat berkapel tu, memang ramai sebenarnya, ada yang diam-diam, tak kurang juga ada yang mesra-mesra gitu.

Saya nak cakap yang saya geli sangat tengok pada sesetengah golongan ni, yang dok  berkaple lepas tu dok canang I lap you you lap me i miss you you mess me sampai satu kampung tau haishh geli tau dakkkkkkkk (sorry pada siapa yang terasa, tapi memang saya nak kasi anda terasa pun)

Kalau betul la kalian ni dah gatal sangat nak tahan nak bermesra-mesraan pergi la cepat-cepat kahwin. Jangan anda ingat yang sebenarnya takde siapa yang tak rimas bila ‘ayat-ayat chenta’ anda tu keluar kat news feed FB, twitter dan sebagainya. Serius ni.

Lagipun kalau saya tak cakap pun kalian sendiri dah tahu, malas saya nak cakap kapel tu haram ke halal ke, dah ramai dah yang debat pasal ni pun kan, tulis je kapel itu haram dekat pakcik Google, belambak gila blog dah tulis pasal ni, ramai dah para asatizah yang dah keluar statement masing-masing.

Hangpa dah besar, masing-masing ada akal, ada fikiran, ada otak, sila gunakan ia dengan sebaiknya!

MAK AYAH TAK KASI KAHWIN AWAL?

Nah, saya ada terjumpa 10 tips untuk meyakinkan mak ayah kalau nak kahwin awal. baca ni, copy paste directly dari blog nizazaru.com

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

Gambar cincin milik seorang sahabat di Alexandria yang baru selesai urusan risik-merisik, minang-meminang TADI (tanpa kehadiran dirinya di Malaysia) dan khabarnya dia adalah orang pertama dalam batch! Mabruk alaiki ya sahabat!! :)

 

5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (yakni syurga).

[An-Nur :26] ”

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

(saya di atas bukan Zida ye, tetapi si blog yang saya copy paste harap maklum saya belum nak kahwin lagi pun, untuk korang2 ni sebenarnya. hihi)

*      *      *      *      *      *

SPECIAL INTERVIEW WITH MADAM-TO-BE :)

Fuh, berpeluh nak dapatkan interview ni, tapi disebabkan anda-anda semua yang saya rasa mesti nak tahu tips ke apa ke kan. Meh sini saya perkenalkan. Miss E, salah seorang siswi yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir, beliau bakal membina masjid dengan pilihan hati tidak lama lagi.

Kenapa Nak Kahwin Awal?
Nak kahwin awal sebab rasa tak tenang. Masa study asyik terfikir pasal ni je. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Lepas tu rasa ibadah pada Allah tu macam tak best, rasa macam no blessing from Him. So terfikir la nak kahwin. Lagipun ni kan halal, so kita akan rasa best dengan sendirinya. Hehe.

Apa Kebaikan Kahwin Awal Ye?
Kebaikan kahwin awal, memandangan ana (merujuk pada Miss E) yang belum (bakal) kahwin ni lagi, so takde banyak benda nak cakap. Cuma ana rasa kita boleh ‘rasa’ keberkatan tu. Lepas tu kita boleh jaga pandangan, kita dah tak fikir pasa lelaki dah, kita  dah ada fokus untuk keluarga bahagia (ececece..) dan fikir untuk berbakti untuk suami dan anak-anak.

Dah takde masa untuk buang masa fikir benda-benda lain yang takde faedah. Dapat jaga diri jugak. Kalau kita cari lelaki beriman, on the spot kita akan rasa malu untuk pakai baju ketat-ketat (yang kurang menutup aurat) kat luar. Yelah aurat tu kan khas untuk si suami tu.

Macam Mana Nak Bagitahu Parents Yang Kita Nak Kahwin Masa Belajar Ni?
Pada mulanya, parents ana memang tak bagi. Ayah yang paling marah. Dia cakap kalau nak kahwin paling awal masa Tahun 3, tapi kalau kita nak sesuatu tu mesti kena ada usaha kan, so ana memang kena jadi kuat dan pandai memujuk. Ana cuba slow talk dengan Ummi, cakap semua kenapa nak kahwin.

Ana cakap, ana memang tak selesa nak belajar dalam keadaan macam ni, tak boleh nak concentrate belajar blablabla tapi Ummi pun tak boleh nak buat apa sebab kuasa kebenaran di tangan Ayah. Then ana bincang dengan inche tunang, suruh pujuk Ayah.

Then dia pun hantar surat thru email tapi Ayah banyak pulak bagi hujah, so dia (inche tunang) rasa Ayah macam belum setuju lagi masa tu. Tapi ana teruskan jugak, ana banyak-banyak berdoa pada Allah dan yakin dengan apa yang ana buat ni adalah betul

Ada satu hari Ayah ajak ana skype (masa ni ana ada di Mesir) Ayah explain satu-satu kesusahan kahwin awal, lagi-lagi pelajar Medic macam ana ni (oppss) Masa tu memang ana mampu menangis dan angguk-angguk je. Last sekali Ayah cakap, “okay takpe, balik Malaysia dulu, nanti kita bincang…”

So after final exam tahun lepas ana balik Malaysia dan Ayah suruh keluarga inche tunang datang tapi dengan syarat kahwin setahun lagi. Mula-mula ana bangkang dan memberontak cakap nak kahwin tahun tu jugak, tapi Ummi cakap Ayah dah bagi masa  tu (tahun ini :)) pun dah cukup baik. Ana pun diam, akur.

Dalam doa ana, selalu ana mintak, ya Allah, tolong bukakan pintu hati ibu bapaku, lagi-lagi Ayah, sebab aku ni nak buat benda baik. Alhamdulillah Allah tu kan Maha Mendengar. ^^

     *      *      *      *      *

Last but not least,

“Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya sekali. Tidak hanya salah satu.”

- Ustaz Don Daniyal

ps.kes takde idea nak blog apa
pss.kes gembira dengar berita baik dari kawan2, dua orang pulak tu yang dirisik harini
psss.tak sabar nak tunggu Miss E kaweeeeeeen!
pssss.exam tunda la pulak.

27 thoughts on “Cinta Remaja, Kahwin Muda & Temuramah Eksklusif Bersama Miss E (Madam-To-Be)

  1. Saya pun antara yang kahwin masa belajar. Alhamdulillah rasa tenang dan tenteram.. prestasi pun meningkat. Jangan takut pada dugaan perkahwinan.. Itu semua ujian Allah.
    Cikgu Hairul´s last blog post ..Sampah

  2. Gaeel says:

    ne bkn psl x puas hti laaaaaaa!!! hang tnya tjuk nk blogging pa, cek bg la idea…hadoih…aku bkn anti kawen mude…i’m just a traditionalist…n value meaning of marriage highly…oppose marriage yg atas sbb superficial….sbb marriage bkn prospeknye 3 atau 4 thn akan dtg je…it’s about life 60-70 years from now…bkn kire tu je…hal anak2 lg…nk bina masjid bknye sng…kalo tkt masjid nk buat tunjuk kat org tp x berfunction n tader productivity pon tader gune jugak…

    • Zida says:

      yup, masa dia dilamar tu, diorang terus tunang (masa ni tahun lepas) but then baru-baru ni diorang dah bernikah, ehem budak UIA nii :D

      bro bila lagi? lalala~

  3. saya datang nak claim copyright.haha..tak sangka artikel kawen awal saya tersebar begitu luas.whoaa!

    Btw,nice writing.keep it up!:D

    • Zida says:

      Haritu ada jugak dengar diorang berbahas tentang isu ni, katanya banyak jugak keburukan kalau tak tahu nak urus betul-betul.

  4. amiirakhalid says:

    hoho.. terbaikkk! den paling suko ayat ni,

    “Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya sekali. Tidak hanya salah satu.”

    *moga allah gerakkan hati kita pi walimah miss E tu sesama ehh!* ;p

    • Zida says:

      ehem awak tu, dah ada rupa dah, kalau dah ada calon sila cepat-cepat ye! tapi jangan lupa tunggu orang-orang Mesir balik dulu!! hehe :P

    • Zida says:

      haha kawen pun takut ka? lol :P

      teruk lagi ke kawasan abbasiyyah tu? jadi gunakan masa yang ada dengan sebaiknya, jangan jadi macam aku, 3 hari buang masa. adeh =.=”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge