Countdown To Malaysia!

Salam.

Ehem. Lama tak jejak turun padang.

Ehem ehemm. Nampak tak ke-eksaited-an yang ada pada tajuk tu? Maklumlah, budak-budak perasan oversea macam kitorang ni, bila cakap bab balik adalah benda nombor dua yang paling eksaited sekali. Bab nombor satu? Bab zauj/zaujah! Phewww (setelah dibuat review secara menyeluruh) #tetiba

Kembali pada cerita asal.

Tadi saya dan roomate melepak atas katil sambil mengeluh kesah tentang perut yang lapar walaupun sejam yang lepas dah makan nasi yang berlaukkan telur-masak-lada-kicap-kot. Kawan saya ni merengek-rengek nak makan Bitza bil Lahmah (baca: Pizza Daging) sambil mengajak saya pergi ke kedai tapi lantaran takat suhu panas kat luar mencapai 35 darjah, saya terus cakap, “NO WAY MAN, PANAS GILOS KAT LUOS”

(terima kasih MedicMesir untuk makanan free sepanjang musim exam ni!
#oppss iklan sebentar)

Tiba-tiba housemate bilik sebelah pun datang, tanya kitorang belajar apa blablabla. Nak dipendekkan cerita tengah dok takde mood belajar sambil fikir-fikir pasal nak makan apa ni, tetiba kitorang melalut sampai ke makanan kat Malaysia and KI menjerit,

“wehhhh! aku balik lagi 10 hariiiiiiiiiii!”

Saya kat sebelah buat muka.

“Nyanya balik lagi 8 hariiiiiiiii!”

Saya buat muka lagi. Pastu KI sambung membebel,

“Aku sampai je KLIA, benda first aku nak cari KFC nak makan wedges blablabla…”

Saya buat muka tak puas hati. Tapi dorang tak nampak la sebab sorang dok hadap laptop nak cari cerita Korea lagi sorang tengah hadap buku Histology. Saya yang tengah baca Anatomy terus takde mood dan layan jela apa KI cakap.

HAHAHA -.-

Untunglah, dalam rumah saya ni, 3 orang yang akan balik dalam masa 10 hari lagi. 16 Jun dan 18 Jun, dan saya bersama lagi sorang housemate masih lagi belum habis exam. Tapi bagus jugak dorang balik awal, takde gangguan nak sambung hafal al-Quran lepas tu :D

Sabarlah duhai hati. Tarikh 14 Julai tu pejam celik pejam celik kejap je kan. Kuikui dapat balik Malaysia pun dah kira bersyukur. Bersyukur lagi sebab boleh teruskan exam, siap dengan aman lagi. Hehe

Terima kasih to KI and Athirah sebab belanja makan Bitza bil Lahmah tadi dan Fatirah bi Shukulatah we Mouz (baca: Roti Canai Coklat dan Pisang) peh petang-petang ni makan benda-benda panas camtu memang sedap! Terbaik! Alhamdulillah!

Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?
 [55 : 13]

Flashback diri balik. Banyaknya nikmat. Allah.
Okay bai.
Salam.

ps.kalau baca blog saya kena hadap dan hadam bahasa Arab dan bahasa medical tau!
pss.lusa saya exam Oral & Practical Biochem, doakan ye!

Recent Related Posts

13 thoughts on “Countdown To Malaysia!

    • belum, first year dengan budak dentistry je dah habis exam, kitorang second year medicine dengan yang senior2 semua ada dalam 4 paper lagi (tapi subject agama je la tinggal, dengan Psychology)

    • Diorang bertiga ni dah selamat sampai alhamdulillah, tinggal la kitorang berdua lagi nak menghabiskan saki-baki exam, mohon doakan :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge