Salam.
Ehem. Lama tak jejak turun padang.
Ehem ehemm. Nampak tak ke-eksaited-an yang ada pada tajuk tu? Maklumlah, budak-budak perasan oversea macam kitorang ni, bila cakap bab balik adalah benda nombor dua yang paling eksaited sekali. Bab nombor satu? Bab zauj/zaujah! Phewww (setelah dibuat review secara menyeluruh) #tetiba
Kembali pada cerita asal.
Tadi saya dan roomate melepak atas katil sambil mengeluh kesah tentang perut yang lapar walaupun sejam yang lepas dah makan nasi yang berlaukkan telur-masak-lada-kicap-kot. Kawan saya ni merengek-rengek nak makan Bitza bil Lahmah (baca: Pizza Daging) sambil mengajak saya pergi ke kedai tapi lantaran takat suhu panas kat luar mencapai 35 darjah, saya terus cakap, “NO WAY MAN, PANAS GILOS KAT LUOS”
(terima kasih MedicMesir untuk makanan free sepanjang musim exam ni!
#oppss iklan sebentar)
Tiba-tiba housemate bilik sebelah pun datang, tanya kitorang belajar apa blablabla. Nak dipendekkan cerita tengah dok takde mood belajar sambil fikir-fikir pasal nak makan apa ni, tetiba kitorang melalut sampai ke makanan kat Malaysia and KI menjerit,
“wehhhh! aku balik lagi 10 hariiiiiiiiiii!”
Saya kat sebelah buat muka.
“Nyanya balik lagi 8 hariiiiiiiii!”
Saya buat muka lagi. Pastu KI sambung membebel,
“Aku sampai je KLIA, benda first aku nak cari KFC nak makan wedges blablabla…”
Saya buat muka tak puas hati. Tapi dorang tak nampak la sebab sorang dok hadap laptop nak cari cerita Korea lagi sorang tengah hadap buku Histology. Saya yang tengah baca Anatomy terus takde mood dan layan jela apa KI cakap.
HAHAHA -.-
Untunglah, dalam rumah saya ni, 3 orang yang akan balik dalam masa 10 hari lagi. 16 Jun dan 18 Jun, dan saya bersama lagi sorang housemate masih lagi belum habis exam. Tapi bagus jugak dorang balik awal, takde gangguan nak sambung hafal al-Quran lepas tu
Sabarlah duhai hati. Tarikh 14 Julai tu pejam celik pejam celik kejap je kan. Kuikui dapat balik Malaysia pun dah kira bersyukur. Bersyukur lagi sebab boleh teruskan exam, siap dengan aman lagi. Hehe
Terima kasih to KI and Athirah sebab belanja makan Bitza bil Lahmah tadi dan Fatirah bi Shukulatah we Mouz (baca: Roti Canai Coklat dan Pisang) peh petang-petang ni makan benda-benda panas camtu memang sedap! Terbaik! Alhamdulillah!
Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?
[55 : 13]
Flashback diri balik. Banyaknya nikmat. Allah.
Okay bai.
Salam.
ps.kalau baca blog saya kena hadap dan hadam bahasa Arab dan bahasa medical tau!
pss.lusa saya exam Oral & Practical Biochem, doakan ye!

akak pun balik malaysia gak…27 jun…jumpa nanti ye..hehe…
bardboo´s last [type] ..Ligatnya Dia Berjalan!
habis dah exam dek?
KakiJalan´s last [type] ..PAK USUP MUNGKIN DAH ADA BMW DUA TIGA EMPAT LIMA SIRI DAH..
belum, first year dengan budak dentistry je dah habis exam, kitorang second year medicine dengan yang senior2 semua ada dalam 4 paper lagi (tapi subject agama je la tinggal, dengan Psychology)
Selamat pulang ke Malaysia dengan selamat
hafidz´s last [type] ..Movie Review : Snow White and the Huntsman
Diorang bertiga ni dah selamat sampai alhamdulillah, tinggal la kitorang berdua lagi nak menghabiskan saki-baki exam, mohon doakan
susah jugak bila hidup di negara orang,,jauh nak balik bila rindu..
macam ni la kan, jauh di mata dekat di hati, tapi bila dekat di mata, ntah apa jadi. heheheeh
sampai masanya boleh balik Malaysia tu, mesti terasa manisnya..dlm tempoh masa tu. bwk bersabar byk2
adele´s last [type] ..Nasha Dah Banyak Berubah..
sampai masanya dalam masa kurang lagi 30 hari. waaaaa cepat la masa berjalannnn! haha
jangan lupa belanja aku cendol balik nanti aa. haha..
titan´s last [type] ..Pengadil paling tak kacak tahun 2012..
cendol~ kat mana best eh? bagi idea #tetiba hahaha
Oh sudah tidak sabar untuk menjejaki kaki tanah di Malaysia.
akubiomed´s last [type] ..Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zaman
Saaaaaaangat tak sabar! Rindu kat semua orang, semua benda~