Presiden Mesir : Morsi vs Syafiq

Hi and Assalamualaikum :)

Drop by kejap je sementara menunggu matahari nak terbit (sunrise hoi!)

Ekceli ekceli saya takde cerita baru sebab sekarang still exam lagi, dan kalau nak cerita perkembangan tentang Pilihanraya Presiden Mesir yang berlaku sekarang ni pun saya kurang pasti statusnya macam mana. Keliru, buntu, dan tak tahu. Tapi saya cuba cerita apa yang saya tahu.

Lepas kejatuhan Hosni Mubarak yang tahun lepas (fuh, anda boleh baca cerita panjang saya dekat sini, cuma takde kena-mengena dengan pakcik tu jela hehe) orang-orang Mesir telah mengadakan pilihanraya untuk menamakan presiden baru untuk negara diorang ni. Pusingan pertama pilihanraya ni berjalan pada 16 Mei haritu, sama hari dengan exam Physiology saya #eh. Hasilnya 5 daripada mereka akan bertanding di pusingan seterusnya.

Dan daripada mereka berlima, Dr Morsi dan Ahmad Syafiq (bekas Perdana Menteri Mubarak) telah mendapat undian 2 teratas dan melayakkan diri untuk bertanding ke pusingan terakhir, yakni pusingan penentuan, alhamdulillah pilihanraya terakhir haritu dah berjalan pada 16 Jun yang lepas, tarikh yang sama dengan exam oral/practical Anatomy saya #eh

Pengiraan undi setakat ini menunjukkan lebih 50% dimenangi oleh Dr Morsi, TETAPI….

Sepatutnya keputusan dah boleh tahu Khamis lepas (21/6/12) tapi atas desakan Majlis Tentera, desakan bantahan daripada dua-dua belah pihak, keputusan pilihanraya ni ditangguhkan (tapi dalam perlembagaan diorang cakap, MESTI dalam masa 3 hari tapi taktau la kan) but then tetiba dalam Twitter saya baca CNN dah letak ‘status’ bahawa si Syafiq ni menang 50.2% dan akan dinamakan sebagai Presiden Pertama dalam demokrasi tersebut, hari Ahad ini.

What the fishcake laa? :\

Golongan si Syafiq ni takkan berpuas hati dengan apa saja keputusan kiraan undi yang diorang dapat. Macam semalam di Asyut, dia dah kalah tapi dia memang tak puas hati dan suruh balik orang-orang SPR kira undi tu depan dia. Hasilnya, dia tetap KALAH dengan jumlah kiraan yang sama. Hehhh but how nice kan those peeps yang kira undi tu? Jujur, telus dan mulus.

Mungkin keputusan akan dikeluarkan harini (Sabtu) mungkin juga esok (Ahad) kita doa sama-sama untuk kemenangan umat Islam sejagat. Kalau Dr Morsi menang, beliau merupakan Presiden ke-2 yang merupakan seorang Huffaz (penghafaz al-Quran) selepas Presiden Palestin. Allahuakbar! (bestnya kalau Malaysia pun camni #oppss)

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam Deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”

[110 : 1-3]

Moga daulah Islam akan tercapai! Moga kalimat al-Haq akan bergema! Allahu Allah! InsyaALLAH! #eh kenapa nak sibuk-sibuk tahu pasal diorang ni? Jengjengg Baca blog Inche Gabbana ye, saya tak sempat nak ulas. Esok exam Tafsir, doakan! ^^

Salam :)

ps.boleh join hashtag #EgyElection kat Twitter kalau nak tau
pss.oh cepatlah habis exam, nak balik! 

Recent Related Posts

6 thoughts on “Presiden Mesir : Morsi vs Syafiq

    • masih berteka-teki lagi, insyaALLAH Dr Morsi, tapi si Syafiq ni still berdolak-dalih (eh betul ke ayat tu) haha military pun macam pelik je =.=’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge