Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca.
Mohon untuk tidak cepat melatah bila membaca tajuk di atas. Itu adalah hadiah ‘sarkatikus’ daripada saya.
Sejak darsawarsa ini (amboi kemain ayat) saya banyak dapat email daripada orang ramai, especially mereka-mereka yang bakal ke Mesir bulan September ni. Selain soalan yang berkisar tentang barang keperluan yang perlu dibawa, soalan yang paling femes dan mesti setiap orang akan tanya adalah,
“akak, betul ke Mesir bahaya?”
“akak, macam mana keadaan Mesir sekarang? Teruk ke?”
“kak Zida, apa nak cakap dengan mak ayah ni? Diorang risau rusuhan kat sana”
paling best….
“betul ke pelajar Malaysia di Mesir bakal dibawa pulang semula, macam pelajar Syria tu? Dan tidak akan dibawa kembali ke Mesir?”
Saya agak tergamam bila baca soalan ni. Ada lagi soalan lain tapi semua lebih kurang je jadi saya ubah struktur ayat mengikut kesesuaian. Haishh, tension jugak saya soalan yang sama je semua orang tanya, oleh sebab tu saya terus buat satu blog post, mana tau dapat meng-clear-kan image Mesir ku yang terchenta tu. Hehe
Btw, semalam waktu saya dengan member shopping kat Masjid India, KL bila saya cakap saya belajar kat Mesir pakcik tu pun cakap ”heyy bahayanya belajar kat sana!” Saya terdiam kejap. Pakcik teksi pun cakap macam-macam tapi okeyla lagi. Saya terfikir, orang sekarang ni (kat Malaysia) mesti dah fikir, asal Mesir je, BAHAYA. asal Mesir je, RUSUHAN, asal Mesir je, DEMO.
Siapa fikir macam ni, baik mengaku cepat! Hohoho =.=’
Well nak tahu jugak, ada lagi ke mana-mana berita kat TV atau surat khabar Malaysia yang mengatakan Mesir tak selamat? Kalau ada sila beritahu saya dengan segera. Takut jugak saya kalau Mesir betul-betul dalam bahaya! Saya nak balik bulan 9 ni, adik saya pun nak pergi sana jugak! kehkeh
Okaylah, saya faham yang ini –> mungkin sebab diorang semua risau akan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir sejak Krisis Aku & Mesir (la sangat) dulu tu, dengan rusuhan, demo, kes rompak, curi, ragut, rogol #eh dan lain-lain benda buruk yang terjadi kat sini, tapi takperlu kot nak pandang serong sangat. Hehh, macam Malaysia selamat sangat <– ayat berani mati.
Oleh sebab ni, saya ada buat sikit survey kat orang-orang Mesir ni. Cuba tengok apa yang diorang kata.
Persoalannya adalah :
1) Apa pandangan anda tentang Mesir sekarang?
2) Bahaya ke tak kalau ada anak-anak baru nak datang sana?
3) Apa perubahan yang Dr Morsi dah buat?
Jawapannya :
See seeee? Other than this, you guys can read this blog post, made by one of my friend, dokter Ihsan Khalib Jaafar. Mungkin lepas baca entry ni korang lebih faham kot?
Pandangan saya, Mesir okay je, tapi kena pandai jaga diri jugak, jangan nak berlagak berani sangat keluar sorang-sorang (yang lelaki pun), jangan nak tunjuk kaya sangat, jangan nak keluar malam sangat kat tempat sunyi, banyakkan bertawakkal pada Allah moga sentiasa diberi keselamatan.
Pasal rusuhan ke apa, semua tu takde pun dah, kalau ada pun bukan rusuhan atau demo yang baling-baling, tembak-tembak ke apa, lagipun jauh dari tempat bebudak Melayu (kecuali Sayyeda Zainab or Abbasiyyah yang mungkin dekat) kalau ada apa-apa alert la dengan apa-apa berita yang disampaikan oleh persatuan pelajar seperti PERUBATAN atau PMRAM atau kedutaan sendiri.
Paling penting, mohon para ibu bapa tidak mendengar atau percaya berita-berita yang tidak dikenal-pasti kesahihannya seperti yang terjadi tahun lepas. Hentikan Berita Pelik Tentang Mesir.
Kesimpulannya, nak datang sini biar dengan niat yang betul. Kalau rasa ada parents berat hati nak lepaskan, baik tak payah datang. Stay je kat Malaysia. Sana pun banyak je universiti hebat kan~~ Dan mohon tiada butt-hurt di sini andai kata-kata saya menggores hati kalian. Mohon ampun dan maaf.
Allah dah khabarkan, sejak dulu lagi….
Maka apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia (Yusuf) memeluk kedua ibubapanya sambil berkata, “Masuklah ke negeri Mesir, insyaALLAH dalam keadaan aman…”
[12:99]
Good luck. May Allah ease you guys. Salam Ramadhan Kareem
Cheras, Selangor
31 Julai 2012
1208 am
ps.segala email dan komen akan direply esok. sorry, busy sangat. huhu
pss.dah masuk fasa kedua Ramadhan ni, macam mana? semangat lagi tak?









mudah-mudahan situasi di mesir cepat kondusif, salam ramadhan by didah Blogger From indonesia
didah´s last [type] ..Situ Cangkuang Garut
wah, selamat datang! jauhnyaaa. ia, insyaALLAH mudah-mudahan, rasanya semakin hari semakin membaik
Indonesia di mana? Kampung saya di Bukittingi, Parabek hehe
pandangan dan persepsi orang yang tak pernah berada di sana memang akan rasa Mesir tak selamat, sebab dgr berita yg negatif banyak dari yang +ve apa sbnr trjadi di sana
nuriz´s last [type] ..Banyaknya Video Parody Budak Gedik MC 5 Hari
betul tu, ibaratnya orang mengatakan Malaysia ini aman dan selamat, walhal takdelah selamat mana pun kan. harapnya Malaysia dan Mesir keduanya akan aman makmur dan selamat. Hmmm..
Mesir…..
Aku OKAY =)
hafidz´s last [type] ..Kord Gitar : Yuna – Terukir Di Bintang
Yeayy! Mesir je pun kan. HAHA
Dr.Zahida!!(^_^)..always bring us to d positive side..la takhof wala tahzan,inallaha ma’ana..irfa’ roksaka faannaka muslim(to all my muslim brothers n sisters)..come to misr!,d land of d prophets..the spirit always in here..zid..
aishah :’)
mai la datang Mesir, boleh kita sama-sama tegakkan apa-apa yang masih layuuuu. huwaaaa touchingggg~ heheh
nice entri menerangkan segala nye tentang mesir skrg.
muazfaris´s last [type] ..Hukum Memakai Contact Lens di Bulan Ramadhan
bersediakah anda? lalala~
pada k.chii..mana2 pun sama je..nak kata malaysia selamat sgt pun..x boleh gak..kalau x..xde la keluar dlm paper kejadian rogol dan bunuh di merata2 tmpat kan..as long kita pandai jaga diri..insya Allah..di mana kita berada..kita akan selamat..dan yakin pada DIA
chii´s last [type] ..‘First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012′
yeahh! this is what I want to hear!! betul tu kak chii, mana-mana tempat pun takde la selamat sangat kan, kalau Allah kata nak jadi, jadilah iaaa, so memang kita kena terus bertawakkal dan yakin pada Dia, di mana saja kita berada
Salam kak..sy ni bkl pljr dentistry al azhar..brtolak bln9 nii..hehe..umm,sy xbrpe risau psl mesir tu…sy risau psl ni..*AGAK lari dr topik..hehehe..umm, brg2 ap yg kena packing g sne ep?….hihi.thx.
wsalam, yeayy nanti dah sampai sana tegur-tegurlah akak ye, jangan sombong-sombong
hehe, barang yang nak kena packing, boleh tengok kat entri ini : http://colleen-kawaii.com/2011/07/persediaan-mental-fizikal-sebelum-ke-mesir/
all the best!
hari tu cam dengar ada isu gak dr morsi dengan mahkamah mesir. cam tak confirm president ke cane ntah. betul ke?
Izwanyusof´s last [type] ..Semangkuk Bubur Lambuk Sekampit Beras Siam Super
ehh? ada ke? takde dengar pulak, bahkan sekarang ni Dr Morsi semakin berkuasa sebab dia dah berani meletakkan jawatan orang-orang yang berada di bawah kuasa Hosni Mubarak dulu. Rakyat Mesir semua bersorak gembira masa tu!
(berita semalam ni 12/8/12)
Salam kak, Mesir selamat tak??
Mesti penat kan jawab soalan gini. Haha
wehh penat sangat, rasa macam nak gaji orang lain je tolong jawabkan. haha
Weee…. Zidaa, ko back link. hehe. Cool je. nak kisah pe. Mesir ok je r.
drihsan.com´s last [type] ..U Racist?
boleh la backlink aku balik~ hehe sebenarnya aku takde cerita sangat, dan aku tau ko mesti banyak cerita kan, jengjengg thanks!
Rasanya dengan negara Mesir yang dipimpin oleh insan yang islamik. Insyallah suasana baik-baik sahaja.
akubiomed´s last [type] ..Contest Broframestone – reka dialog
InsyaALLAH dengar cerita baru pun macam semakin membaik nampaknyaaa, alhamdulillah, moga terus baik