#Resepi – Ketam Masak Lemak Tempoyak Cili Api

Salam.

Fuh fuh fuh *gaya mengipas kertas tepi muka*

Hai semua! Selamat kembali membaca blog usang ini. Maafkan diri ini kerna sudah lama tidak menaip seperti dahulu kala. Hidup saya semakin hari semakin sibuk, walaupun jadual kelas tak padat sangat macam dulu, tapi tahun ni saya banyak benda kena hafal! Dan oh ya, alhamdulillah saya dah masuk Tahun 3! Kejap je kan? :D

Nak dipendekkan cerita, harini di hari Jumaat penuh barakah ni, kami satu rumah dapat makan best! Jengjengggg! Chef Sonia sudi nak masakkan ketam masak lemak cili api, dan atas idea saya, hehe kita tambahlah tempoyak sikit, baru ada feeeeeeeel !! Jadilah ketam masak lemak tempoyak cili api.

Sebenarnya senang je masak lemak ni, kitorang pun main campak-campak je bahan, dan tu yang lebih sedap! Hehehe jadi bagi anak-anak dara teruna yang teringin nak masak, boleh la try resepi ni. Test try bagi mak rasa.

BAHAN-BAHAN :
– Ketam bunga (5-6 ekor)
– Serbuk kunyit (2/3 sudu)
– Cili Api (12-15 biji)
– Bawang merah (1 ulas)
– Serai
– Santan
– Gula & garam

CARA MASAK :
1) Siang dan bersihkan ketam sebersihnya. Anak dara, tau tak camne nak bersihkan ketam? Haaaaaaaa! [hint: cabut bahagian belakang]

2) Tumbuk cili api, bawang dan kunyit bersama. Kemudian, tumis dan campakkan serai yang telah dititik. Agak-agak macam dah nak kering, masukkan air sebanyak mana yang kita nak. Jadi tumisan tadi tak jadi nak kering. Oh ayat #keling.

3) Kacau dan tunggu sehingga menggelegak.

4) In the mean time, campak setengah sudu tempoyak. Ikutlah kalau nak banyak pun boleh tapi takut masam sangat je kalau letak banyak-banyak.

5) Rasa macam bau dan warna dah puas hati (nampak macam dah nak masak), masukkan santan secukup warna. Dan biarkan sehingga masak. Eh garam dan gula secukup rasa jangan dilupakan.

Alhamdulillah. Bukan calang-calang hari dapat makan ketam kat Mesir ni. Dah la seafood gedebon mahal kat sini. Bayangkanlah udang sekilo 60LE, sotong dekat 30LE, ikan pun berbelas LE sekilo. Ikan talapia yang banyak Heterophyes heterophyes tu yang murah. Ceh.

Tapi haritu sorang housemate pergi Ain Soukhna (kawasan Terusan Suez), dapat la beli sekilo ketam 15LE, dengan udang tak ingat berapa harga. Dapatlah merasa sikit, daripada asyik makan ayam ikan ayam ikan je kan. Dan lepas ni, ehem, boleh makan daging pulak. Daging unta terus. Opppsss. Hehe

Okayyy. Sebenarnya taktau nak membebel apa lagi, sebab tangan masih panas dimamah cili api tadi. Heheee sampai ketemu! Nak sambung study Parasit kejapppp~ Selamat mencuba resepi campak-campak. Semoga sedap.

Bye.

ps.harap-harap jangan ada yang tak lalu makan ikan talapia bila tau amende menatang Heterophyes heterophyes tu. hihihi
pss.bila agaknya dapat makan ketam dan seafood yang lain-lain lagi?
psss.tahun ni subject sangat mencabar! doakan saya ye! ^^ 

10 thoughts on “#Resepi – Ketam Masak Lemak Tempoyak Cili Api

  1. Assalamualaikum. Zidaaaa!
    Sedapnya masak lomak cili api tempoyak ni…
    Buat lapaq tengah-tengah malam ni…

    Ha’ah la, sekejap je kau dah 3rd year… Good to know that, Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga berjaya menjadi Doktor, InsyaAllah ;]

    • Zida says:

      Hai Faris! #eh waalaikumsalam. hehe

      ehem, memang saje nak kasi sesape yang baca ni terliuqqq, supaya esok korang boleh pergi pasar beli ketam dan terus masak. heheee okay merepek kejap.

      and btw, alhamdulillah. Thanks doakan aku! Aku harap kau pun sama jugak, sukses 3alatool! (haha makna dia terus berjaya). Sorry la yekk tak sempat nak tegur sapa, even kat fb, kau faham la kann kenapa :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge