Salammmmm!!! Hi uolssss!!!
(dah mula dah gedik dia tuuuu -.-’)
okay okay. Harini otak tak betul sikit sebab dah tepu dengan pharma yang dah 4 hari baca tapi tak khatam-khatam jugak (maklumlah orang demam time winter ni kan) pastu ditambah lagi dengan sat lagi ada test, memang lagi mereng la otak ni. Haha tapi jangan jadi gila pulak sudah la kan.
Peh. Pejam celik dah sampai 31 Disember 2012 dah. Serius la masa berenang dengan laju. Saya rasa haritu baru Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan Razak buat ‘countdown’ (sila faham) dengan ceramah yang sangat gempak, lagi gempak dari konsert yang ntah pape tu. Alhamdulillah, mata rakyat Malaysia semakin terbuka dan minda mereka sudah tahu untuk menilai mana yang bagus mana yang tidak
#eh melalut pulak
Sebenarnya nak buat entri ‘summary two-thousand-and-twelve’ ni. Hehe saje nak buat memori kenangan silam sepanjang tahun #lol lagipun ada je benda yang tak tertulis kat dalam ni, jadi saya rasa nak share dengan uols semua. Start from ten to one.
10 – Tahun Paling Banyak Makan Sushi
Yipppeeee. Tak tahulah kenapa saya rasa benda ni salah satu best moment yang patut dikenang. Mungkin sebab sebelum ni macam payah sikit nak makan sushi, jarang nak keluar, duit tak banyak (sebab sushi kat Egypt ni tersangatlah mahal compared to Malaysia) jadi bila dapat peluang tu, memang terbalun sikit la. Nak pulak housemate memang suka sushi, lagi lah~~
satu pinggan je dah doploh genih lebih >.<
menara sushi king 34 tingkat #lol
9 – Mesir & Presiden Morsi
Kenangan indah tinggal kat Mesir, bila kitorang semua rakyat Malaysia sama-sama menanti debaran siapakah yang akan menggantikan kerusi Hosni Mubarak selepas revolusi haritu. Ya Allah, memang menangis sujud syukur la kan bila keputusan diumumkan. Alhamdulillah, semakin banyak perubahan yang saya nampak sejak Morsi naik, cuma orang Arab ni je tak reti nak berubah, keras kepala sangat -.-’
The New Era of Misr, Allahu Yubarik
8 – JOM! On Call 2012
Second time join tapi tak jadi peserta, hehe alhamdulillah saya diberi peluang untuk menjadi AJK dalam program Pre-Departure adik-adik MedicMesir yang nak terbang ke Mesir haritu. Best sangat sebab dapat banyak pengalaman baru, dapat kenal ramai junior baru, paling best sebab dapat jumpa Aiman Azlan depan mata #eh (?) haha
An Instrument of God’s Mercy – JOM! On Call 2012
7 – Travelog Hurgada
Yang ini saya tak pernah cerita dalam blog lagi. InsyaALLAH akan cari satu masa untuk tulis. Hurgada ni satu tempat percutian bagi orang-orang yang sukakan aktiviti lasak. Terletak kat tepi laut, 8 jam dari Kaherah. Fuh, memang penat dalam bas je. Tapi bila dah sampai sana, mana ingat dah penat, sebab ingat nak jalan je. Hikhik (sambung entri lain…)
6 – Kahwin!!
Rileks, bukan saya yang kawen. HAHA tahun ni bersejarah sikit buat saya sebab sorang classmate kat kuliah, my kakak usrah, dan batchmate di SAMSMEL dulu kahwin tahun ni. So rasa cam gembira la untuk orang-orang terdekat ni
cilok kat fb haha
Jemputan Walimah Raya
5 – Tahun Bertemu Retis #lol
Yang ni rasa cam woah sangat. Haha siapa sangka tahun ni ramai pulak artis-artis Malaysia datang Mesir. Ada yang jalan-jalan, ada yang buat program, tapi yang mostly datang sini sebab datang singgah sementelah ke Gaza :’)
Prof. Dr. Harlina, Prof. Dr. Hafidzah, Ustazah Maznah Daud, Heliza Helmi, Afdlin Shauki, Bront Palarae, Zain Saidin, Ustaz Nazrul IM, Ustaz Ubaidillah, Iskandar (Chef Alam ? ape ntah) dan taktahu kot-kot ada lagi.
4 – Reunion Sejagat
Tahun bertemu peminat #eh haha okay perasan. Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan untuk jumpa besties kat Malaysia, yeayy! Member-member SAMSMEL dengan member-member SAMTH. Seyeslah rindu gila kat diorang. Pastu before balik Mesir balik, nak tak nak, kena jumpa jugak jumpa doranggggg!
3 – Balik Kampungggg~
Ingat tak dulu saya pernah cakap, raya haritu saya balik kampung saya kat Sumatera, Indonesia? Sumpah best gilaaaaaaa! Tapi lagi best kalau pegi satu family. Haha tapi pape pun, sebab dah lama kan tak pergi, so bila dah besar sket, baru faham la selok-belok kat sana.
Seyeslah nak ajak uols semua datang sini!! (okay nanti buat entri lain)
2 – Congrats Abah ![]()
Abah dah konvooooooooooooooooo!
1 – Alhamdulillah, Mumtaz
Thanks, atas doa semua, alhamdulillah dapat mumtaz masa Tahun 2 haritu. Hehe sebenarnya ada je satu entri, tapi segan la nak publish terang-terang. Rasa tak layak pun. Tapi pape pun, terima kasih ye pada semua yang banyak bagi sokongan
SAMBUNG NANTI LAH. NAK EXAM. HAHA bye ~











Banyak kenangan manis 2012 ya.
Tahniah! ..
Suka baca blog ni, banyak informasi walaupun menggunakan bahasa pasar melayu. hheeh ..
Haha, tak reti sangat nak guna melayu baku, nanti takde idea. lagipun ni blog cikai je~
mesti seronok dapat belajar kann..kat sana kan.
ohcikgu´s last [type] ..Contest: Top Referer Get RM100 Topup!
alhamdulillah, so far tak pernah kagi rasa tak seronok, semua bahagia belaka. hehe
saya suka pic no 2
sangat memberi inspirasi
Hans´s last [type] ..Hans Comix : (Upside Down) Batu Belah Batu Bertangkup
abah! yess, harap dapat jadi macam beliau! belajar sampai ‘gunung’ hehee
semoga tahun 2013 lebih baik dan terbaeeek dari tahun 2012.
erkk, ada gambar saya di atas
muazfaris´s last [type] ..Hukum Hisap Shisha sama dengan Menghisap Rokok
insyaALLAH
(sebenarnya tak cam lagi muka hang yang mana satu hehek)
salam singgah. semoga kita lebih menghargai 2013 dengan mendekatkan diri kepada Nya. insyaAllah ^_^
nazra´s last [type] ..Mulakan tahun baru 2013 dengan sendi, urat dan lutut yang sihat
insyaALLAH
Semoga tahun 2013 jadi tahun yang lebih bahagia dan mengembirakan
insyaALLAH
Saya sebetulnya teringin sangat nak makan sushi,kalau dekat mesir mungkin tak ada masalah kerana kemungkinan yang membuat sushi juga orang Islam.
Abdur´s last [type] ..Tips seo 3
sushi king pun insyaALLAH dijamin halal, try lah
lepas exam ni balik kampung lagi la, kan?
moga selamat semuanya
TehR´s last [type] ..Sekeping Poskad Misteri
tak balik pun, sebab cuti dua minggu je, tapi alhamdulillah dah sempat bercuti di Turki. boleh baca entry baru. hehe
semua tu aku tak heran, yang aku kesah ialah sushi!!!!!!!!!!!!
pegi la carik kat city stars tu. ada je banyak. mampu dengan tak mampu je. haha
Waaaah…. Ayah pun sambung belajar lagi yek…
Selamat tahun baru 2013, semoga tahun ini lebih berjaya dari sebelumnya.
Malaysia Coin´s last [type] ..Top 10 syiling buruan tahun 2012
dengar kata abah macam nak sambung pHD plak lepas ni. hehe insyaALLAH ameen
Semua dalam satu..best!
Semoga terus berjaya dan ceria…
p.s.sedap ke sushhi tu?hehe..tak prnh try lagik…
hafizmd´s last [type] ..Edisi Blogger:Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
kalau lapar semua sedap! tapi sushi memang sedap pun, dia ada satu rasa yang tak dapat nak describe macam mana sedap dia tu
eh heheehe
tahniah sis..semoga terus sukses 2013…
wah tahniah sekali lg dpt mumtaz!
cik tom´s last [type] ..Selamat Tinggal Google Friend Connect
alhamdulillah, terima kasih. doakan zida boleh dapat mumtaz lagi for the next year ekkkk
wah byk memori heee.tersemt dlm hti
Seronok belajar di perantauan ye. Banyak tokoh-tokoh dan selebriti yang boleh kita jumpa di sana. Kalau di Malaysia, macam tiada harapan je.
Arrazi´s last [type] ..Melawat Bandar Lama Fes Tapak Warisan Sejarah
Alhamdulillah, sepanjang saya berada di sini, banyak sangat benda baru yang saya dapat. Alhamdulillah jugak sebab diberi peluang berjumpa artis-artis yang boleh dijadikan contoh tauladan. Buang yang keruh, ambil yang baik
nak sushi! huhuhuhu…
Puan Bardboo´s last [type] ..Mereka Yang Memeriahkan Blog Bardboo Tahun 2012
kat mesia pun banyakkk. hehe
ok. balik malaysia..sila belanja gua cendol aa..
area mana mau jumpa? HAHA roger and outttt
whoa. rupanya ko mumtaz. :O
tahniah. hehe. lambat.
abrar´s last [type] ..Beruk dapat nama
aku pun tak expect gak, siap awal2 diorang dah bagitau yang aku dapat JJ je, #tetiba esok diorang bagitau balik yang betul punya. alhamdulillah. thanks weh
yang pahit jangan dikenang…yg manis mmg patut dikenang2….btw all the besh….semoga suksess dlm pelajaran dan mampu memberikan sesuatu buat negara bila balik nanti…insyaallah…..-syoknyer lepak2 kt mesirr…:)
yas´s last [type] ..iPhone 5 Gadget Impian
bila terkenang yang pahit, kadang-kadang tersenyum jugak, sebab ada di antaranya yang boleh dijadikan pengajaran. hehe insyaALLAH amin
jemputlah datang sini, best datang time winter area bulan 12 atau 1 hehehe
betul-betul luas perjalanan luas pandangan dan pasti jadi kenangan. Travelog Hurgada macam best je…
Denaihati´s last [type] ..iPhone 5 Hadiah untuk Blogger
insyaALLAH nanti akan update, memang best pun!!
bestnya baca kenangan org blaja. memang seronok. sushi tuh habis ke?
sushi!! tak akan tak habis. heheheh
alhamdulillah sis, banyak sungguh kenangan terindah di sana, memang teringin nak ke sana, inshaaAllah akak akan sampai juga nanti
alhamdulillah
wah nak datang egypt ke? nanti roger-roger la, kot boleh bawak jejalan ke (konon-konon) heheh~
Kak sweetkurma nak datang Mesir?..
Firstly, wajib jumpa saya dulu ngan Muaz faris.
hehe ..
Banyak juga tu kenangan yang indah2….teringin rasa nak sambut tahun baru di perantauan,macam mana agak nyer yer..
azman´s last [type] ..Kalendar Kuda Juga Jadi Pilihan
beza sini dengan malaysia, takde konsert2 main bunga api cam kat KL tu, diorang main mercun sendiri-sendiri je. lepas tu ada satu area kat Mesir ni, diorang sambut tahun baru dengan baling botol kaca sampai pecah. kenapa diorang buat camtu? kitorang pun taktahu. haha macam-macam~
sejuk mata tgk kwn kamu tu pkai tudung labuh…
haaa, tu lah kakak usrah saya, comel kan? suka tengok dia dengan suami dia
Banyak kenangan manis yang terpahat didalam tahun 2012. All the best untuk tahun 2013 pula.
akubiomed´s last [type] ..Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan di Bangi
sebenarnya yang pahit pun ada jugak, cuma tak sanggup untuk dikenang kembali.
all the best jugaa