Wahai Allah, Kurniakan Mumtaz Buat Kami!

Salam.

Lepak kejap bersama inche blog, setelah berbakul maklumat masuk dalam otak. Macam biasalah. Mid Year Exam lagi 2 minggu dari sekarang, start 12 Jan end 23 Jan. Mohon doa untuk kami ye :)

Di kala fatrah exam ni, memang macam dugaan. Semua orang pun tahu, dah banyak kali cakap, memang setiap kali pun macam tu. Makin dekat nak exam, makin malas. Ye dak? Haha rasa otak tu kosoooong je, baca apa pun rasa tak masuk. Eh, tak boleh camtu~ (nasihat pada diri sendiri)

Ekceli saya dah takde benda nak membebel dah. Asal setiap kali exam je, mesti ada je tazkirah yang keluar, agaknya mesti ada yang bosan kan? #eh tapi saya harap takdelah yang bosan, sebab dunia D&T (dakwah & tarbiyah) ni tak pernah terberhenti walaupun tengah exam sekali pun. Hehe. Saya tulis ni pun sebab, err, ada sorang kawan ni, dia bagi whatsapp semalam,

“Salam Zida, aku nak tanya ko sikit, macam mana ko boleh dapat mumtaz? Dulu aku ingat lagi otw balik rumah kau nampak down je bila ko takleh score midyear exam, tapi tup tup akhir tahun mumtaz siap. Kau buat cane ek? Aku nak tau cane ko boleh bangkit. Jujur aku cakap, sekarang aku lost gile. Apapun aku tak pegang. Pharma, patho semua la. Rasa kepala kosong. Kau share sikit.” – member, tahun 3.

Aiseh. Rasa macam kau tanya kat salah orang la pulak. Sepatutnya hang pergi tanya kat Solehah atau Kak Madihah yang mumtaz setiap tahun tuuuu~~ kak Ummu ke, kak Husna ke, mana-mana akak yang hebat tu, mesti diorang ada lagi tips terbaek kan? :D Tapi aku taknak la hampakan kau. Aku cuba jawab semampu yang aku boleh yek.

M.U.M.T.A.Z
Saya ada dapat satu bookmark yang comel. Tak ingatlah pulak daripada siapa kan, tapi memang nak thanks a lot kepada orang yang bagi saya benda ni. Dalam ni ada jalan cerita macam mana nak dapat mumtaz tu, like seriously, dan sampai sekarang saya tetap berpegang pada benda ni. Nak tau apa? Pada perkataan ‘MUMTAZ’ tu sendiri sebenarnya ada makna yakni mujahadahuslubmurojaahtawakkalamalzikrullah (boleh rujuk kat gambar atas tu, tapi kalau nampaklah, haha) Kat situ dia cakap,

‘untuk menggapai mumtaz ini memerlukan mujahadah, dan mujahadah pula memerlukan uslub atau kaedah yang sesuai agar mujahadah kita tidak sia-sia. Uslub pula perlulah disertakan dengan kesungguhan untuk memurojaah (mengulangkaji).

Setelah berikhtiar dengan mengulangkaji bersungguh-sungguh, maka hasilnya kita bertawakkal kepada Allah, kerana Dia yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Natijah (hasil) daripada semua itu hendaklah kita beramal dengan apa yang kita pelajari, kerana itu tanda kita mengenali dan mengingati Allah swt (yakni zikrullah)’

Cool kan? Cool la jugak, tapi faham ke?

Mujahadah - nak lawan diri daripada buat benda-benda yang tak sepatutnya memang susah. Time exam ni nafsu dia pelik sikit. Time tu la nak makan macam-macam, nak tengok cerita itu ini, nak pergi jejak sana sini. Haihh. Semua nak buat benda yang tak berapa nak menguntungkan. Tapi bagi saya, kalau dah memang tahap malas gila, susah gila nak lawan semua benda ni, saya ada caranya.

Uslub - cara yang saya buat adalah, time study, kalau tetiba timbul satu perasaan malas, mengantuk, menyampah, otak tepu yang amat sangat, saya akan stop, dan pergi buat benda-benda yang korang suka, tapi limitkan paling lama sejam. Contoh macam saya, pergi masak tiba-tiba, pergi blogging, tengok cerita pendek, kemas rumah ke, buat la apa-apa yang penting lepas tu mata segar-bugar balik.

Murojaah - bila mata dah okay, nafas dah segar, otak dah eksaited baru boleh mula ulangkaji balik. Start dengan mana-mana subtopik yang kita suka dan rasa best nak baca, lepas baca kalau rajin tulis balik dan buat soalan, lepas tu check dan tulis balik, dan baca balik dan ingat balik. Ye memang flow yang agak panjang, sebab buat banyak kali lagi faham, dan lagi ingat. Ulang, ulang dan ulang.

Tawakkal - lepas dah buat semua ni of course lah kan kita akan mintak pada Tuhan, ya Allah hanya padaMu ku memohon dan berserah, mohon Kau permudahkan aku sebelum belajar, semasa belajar, selepas belajar, semasa exam dan selepas exam. Mintak, mintak, dan mintak. Pada apa dan kepada siapa lagi kita nak mintak dan bertawakkal kalau bukan hanya pada Allah? ;)

Amal & Zikrullah - dah tahu, dah faham, mesti kita boleh amalkan? Sebab ilmu yang kita belajar ni bukanlah sesuatu yang sia-sia hatta ilmu medik ni pun, ambil ibrah dan pratikkan pada mana-mana bahagian dalam hidup kita, sebab sesungguhnya ilmu dan amal ini adalah suatu cara nak ingat Allah.

Ni kalau versi MUMTAZ tu. Kalau versi diri sendiri pulak #lol:

1) Saya belajar ikut mood, kalau rasa nak belajar, gerak la pi meja study bukak buku, kalau malas tahap gaban, saya stop dan buat kerja lain, tapi jangan dilayan sangat mood tu, takut ter-over.

2) Saya suka datang kelas awal sebab nak dapat tempat depan. Lagi duduk depan lagi faham beb, hang boleh fokus kat muka doktor tu. Tapi jangan ditenung muka beliau, tenung apa yang dikatanya. Dengar dulu, baru jot down, takut nanti terlepas masa tulis, teruihhh tak paham.

3) Malam habis kelas tu, bukak la buku baca 2,3 baris pun cukup baik dah. Janji bukak sikit, daripada tak bukak langsung.

4) Baca banyak-banyak kali hoi. Baca last minit memang gerenti tak masuk otak (bagi akulah, sebab otak lambat kannn) lepas baca kalau rajin pegi tulis balik, barulah nampak mana yang ko faham, mana yang ko tak faham dan tak ingat tu.

5) Letak dictionary, buku rujukan depan mata. Bukak skype, on whatsapp, sebab kalau tak faham terus pi tanya pada yang pakar. Ahaks!

6) Rajin-rajin solat dhuha, bangun malam, baca Ma’thurat. Kalau buat setiap hari laaaagi bagoooos (err errr kadang-kadang tertinggal jugak sobsob T_T)

7) Ingat mak ayah, jaga hubungan dengan ahli beyt, para pensyarah, kawan-kawan dan orang sekeliling. Kalau ada buat salah, teruihh la pi mintak maap oii~

8) Keep on doa doa doa doa doaaaaaa! Mintak mintak mintakkkk!

9) Tajdid niat.

10) Menyerah dan berserah.

Tu je kot. HAHA sorrylah, ai bukan reti sangat, kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Nak nasihat orang memang senang, tapi nak buat praktikal tu yang susah. Dapat mumtaz tu entah-entah kebetulan je kot? Allah nak uji aku dengan kejayaan, siapa yang tahu kan? Tapi apa-apa pun alhamdulillah, dah buat yang termampu, itulah hasil kita.

(padahal time tu gila cuak dowww rasa macam tak buat sehabis baik pun lagi)

ahaks, nanti ace cuba test try okayyy :P

All the best uolss.

Moga Allah permudahkan kita semuaaaaa!

 

*   *   *   *   *   *

baca yang ni jugak kalau nak:
- Kegilaan Menuju Peperiksaan
- Semangatku Bersama 1000 Dinar

Recent Related Posts

5 thoughts on “Wahai Allah, Kurniakan Mumtaz Buat Kami!

  1. Pingback: Tip Belajar | Jadual Peperiksaan Akhir Sudah Keluar | Mindafahmi

    • memang kena paksa, sebab kalau tak ntah bila nak start. heeee tapi zida suka bagi reward kat diri sendiri lepas tu, kalau berjaya menghabiskan study tu.. ehhehe

  2. aku baca ikut mood gak.. tp sekali mood stadi tukaq jadi mood lain.. mmg dia kirim salam selamat tinggal teruih xmai2 dah..kahkah

    tahniah mumtaz moga mumtaz lagi… taon ni aku target jj ja tp klu dapat j pun dah cukup bagus xulang taon =p
    yui92´s last [type] ..Perigi

    • tahun ni susah weh T______T sifat malas pulak menebal dalam diri. cuak gila. aku pun target paling tinggi pun JJ je, itu pun…ntahlaa. huwaaaaaa

      ps.camna hang study pharma? >.<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge